Monday, 15 December 2008

pondok moden bentuk chalet

Sekolah pondok ala chelet akan dibangunkan di Juru
Mohd Sabri Said
Mon | Dec 15, 08 | 1:13:16 pm MYT
BUKIT MERTAJAM, 15 Dis (Hrkh) - Kampung Sekolah, Juru di Seberang Perai Tengah (SPT) bakal dibangunkan sebuah institusi pondok tradisonal bercirikan chalet di kawasan berbukit mulai tahun depan oleh sebuah pertubuhan yang dikenali dengan Pertubuhan Pondok Turath Islam Pulau Pinang. Iklan



Menurut Pengerusi pertubuhan tersebut, Ustaz Ahmad Tajudin Abu Bakar, tujuan utama penubuhan pondok berkenaan ialah mahu memastikan institusi pondok lama tidak hilang ditelan zaman.

"Pemilihan Kampung Sekolah, Juru sebagai sebuah pusat pengajian pondok tradisional berkonsep chalet kerana tanah seluas dua ekar telah diwakafkan oleh aktivis masyarakat, Haji Abdul Razak Saad yang turut mahukan institusi ini tumbuh subur selari dengan kebangkitan Islam sekarang," ujarnya pada Harakahdaily baru-baru ini.

Kata beliau lagi, walaupun terdapat ketinggian namun tidak merbahaya kerana ia tidak terletak di kawasan cerun yang boleh mengundang keruntuhan bukit seperti yang berlaku di Bukit Antarabangsa yang mengorbankan empat nyawa dan memusnahkan 14 buah rumah mewah.

Ia agak tinggi dari paras jalan raya dan mempunyai pemandangan yang cantik, tambahan lagi bukit dulunya tinggi kini telah diratakan bagi pembinaan 60 buah pondok untuk pelajar seramai 120 orang, katanya.

Katanya, pondok yang bakal dibina nanti mempunyai keluasan 10 x 12 kaki persegi boleh menempatkan dua orang dalam satu rumah.

Di situ juga sebuah surau akan dibina melibatkan RM950 ribu termasuk infrastruktur asal, tenaga pengajar dan sebagainya, jelasnya.

"Buat pertama kali kita akan menerima pelajar seramai 120 orang tidak termasuk golongan veteran yang berminat kerana pengajian bercorak umum akan dibangunkan selepas fasa pertama siap," terangnya yang juga pengerusi pondok yang akan dikenali dengan Al-Majma' Attutath Al-Islami Al-Malizi.

Menurut Ustaz Tajudin lagi, pemilihan lokasi itu juga kebetulan Kampung Sekolah telah berjaya menubuhkan Pusat Pendidikan Islam (Pasti) dan menjadi pusat gerakan aktiviti masyarakat tanpa melibatkan percaturan politik mana-mana pihak.

Faktor itu sambungnya, membuatkan pertubuhan yang bakal diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan penghujung bulan ini menumpukan sepenuh kerja-kerja pembinaan yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dijangkakan pada bulan Februari 2009.

"Ibu bapa yang berminat menghantar anak-anak mereka bagi meneruskan pengajian pondok bercorak tradisional boleh mendaftarkan diri pada tarikh yang ditetapkan kelak. Buat masa ini kami lebih menumpukan pencarian dana dan pembangunan untuk institusi yang mendapat pengiftirafan Pejabat Agama Islam Pulau Pinang," jelasnya.

Pengajian di sini katanya, lebih tertumpu pada pengajian bukan setakat penghafalan al-Quran malahan memahami kaedah Bahasa Arab secara mendalam berbanding Pusat Tahfiz yang ada.

Selain itu ia juga ia dapat menjamin pengajian secara nahu Bahasa Arab, Mantik, Balahaq, Bayan dan sebagainya bagi memudahkan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian mereka ke Timur Tengah, katanya.

"Selepas itu baru ilmu Tafsir dan Hadith akan menyusul. Untuk menjayakan hasrat tersebut, mana-mana individu boleh menyumbangkan segala bentuk keperluan barangan dan wang ringgit kepada akaun Bank Islam 07052010004134 atau menghubunginya di talian 019-4978551 bagi mendapatkan keterangan lanjut," katanya. - mns

Friday, 21 November 2008

muadalah

Siapa batal MoU Universiti al-Azhar?
Jimadie Shah Othman | Nov 21, 08 3:33pm
Pemuda PAS menuntut Malaysia menjelaskan pihak sebenar yang membatalkan perjanjian persefahaman (MoU) antara Universiti al-Azhar dan institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Naib ketua dewan itu, Azman Shapawi Abdul Rani berkata pihaknya dimaklumkan oleh pengurusan universiti itu bahawa pembatalan MoU itu bukanlah atas kehendak universiti tersohor tetapi kerajaan Malaysia sendiri.

"Bila kita berjumpa pengurusan al-Azhar, al-Azhar kata bukan mereka yang batalkan, tetapi kehendak kerajaan Malaysia," jelasnya kepada Malaysiakini selepas menyerahkan memorandum kepada perdana menteri di Putrajaya semalam.

Azman Shapawi menambah, Pemuda PAS bertemu dengan pihak Universiti al-Azhar di Kaherah awal bulan ini.

Beliau berkata, penjelasan universiti itu bertentangan sama sekali dengan kenyataan kerajaan sebelum itu.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ogos lalu yang mendakwa pembatalan MoU itu akibat pencapaian rendah pelajar Malaysia, terutamanya penguasaan bahasa Arab.

Pembatalan itu didakwa dibuat oleh majlis tertinggi al-Azhar yang dipengerusikan oleh al-Imam al-Akhbar sendiri.

Menurut sayap kanan PAS itu, dalam memorandum, pembatalan itu menimbulkan masalah kepada 5,000 pelajar di 18 kampus.

Pemuda PAS menyerahkan memorandum kepada pejabat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya agar perjanjian itu disambung kembali.

Memorandum empat muka surat itu, antaranya, mendesak Kedutaan Malaysia di Mesir memainkan peranan menyelesaikan perkara itu "dengan lebih amanah".

Dalam memorandum itu juga, Pemuda PAS menggesa Universiti al-Azhar membantu meningkatkan kualiti kolej-kolej swasta yang bekerjasama dengannya, "bukan membuat pembatalan mengejut".

Memorandum turut menyenaraikan beberapa "kesan negatif" akibat pembatalan perjanjian itu:

Menimbulkan masalah kepada institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dan penuntutnya.
Membantutkan usaha IPTS melahirkan modal insan seperti hasrat kerajaan.
Mengurangkan jumlah pelajar IPTS milik pengusaha Melayu-Islam dan menimbulkan risiko ditutup.
Membataskan pilihan mahasiswa Melayu-Islam mendapatkan pendidikan terbaik.

Ditanya tindakan selanjut PAS jika tuntutan itu tidak berhasil, Azman Shapawi berkata:

"Tengoklah Januari nanti apabila kemasukan baru dibuat. Kalau tidak berhasil juga, mungkin kita ramai-ramai pergi jumpa perdana menteri."

Azman Shapawi diiringi setiausaha Pemuda PAS, Ahmad Sabki Yusuf dan ketua penerangan Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Amazan sewaktu memorandum itu diserahkan kepada setiausaha sulit kanan kepada perdana menteri, Datuk Ahmad Yaakob.

Pemuda PAS mendakwa tuntutan mereka disokong 25 pusat pengajian dan persatuan-persatuan mahasiswa itu di seluruh negara.

Thursday, 20 November 2008

SAR ada peruntukan dalam perlembagaan

Setakat ini belum terjadi dimana-mana di dunia sekalipun bahasa ibunda tidak dijadikan bahasa teras dalam pembelajaran di semua peringkat, kecuali Malaysia yang merupakan langkah terkebelakang dan ter"stupid jerk" si menteri. Semua itu alasan bodoh nya untuk mengaut keuntungan mem'faraid' wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan kroni.

Kadang-kadang aku geli nak panggil Kementerian Pelajaran sebab tindakan menterinya langsung macam tidak mencerminkan berpelajaran, tidak mengambil pelajaran dan memkhinzir buta melainkan wang, wang, wang semata-mata. Bilionan duit rakyat menjadi korban tapi hasil yang tidak berhasil melainkan menghasilkan jagohan rempit, penkid, akhlak bejat remaja kini hasil keluaran KPM dan memalukan negara.

Kakitangan KPM hanya menjadi pak turut dan buruh paksaan melaksanakan agenda yang terang-terangan bermotif proksi UMNO dan BN. Walaupun ada antara mereka sangat jujur dalam tugas . Biar apapun keputusan peperiksaan yang diumumkan si menteri ia sangat tidak mencerminkan realiti dan kejujuran sebenar melainkan hanya kosmetik yang hanya memberi sedikit telur buat menterinya.

Statistik sebenar di 'umpet' kan melainkan bohong-bohongan yang dijaja sana sini, kalau berani mintalah pihak ketiga dan keempat membuat penilaian secara telus dan jujur atau satu badan bebas tiada berkepentingan yang terdiri dari para ilmuan segenap jurusan menjadi badan pemantau dan pembaris kejayaan PPSMI...barulah bermaruah. Mangsanya pelajar melayu yang tidak lagi berminat subjek SM dan tercicir, dan kursus-kursus yang berteraskan SM menjadi tidak popular disemua peringkat di IPTA.

Bukan kah penguasaan sesuatu ilmu sesuatu bangsa itu berdasarkan bahasa ibunda yang dituturkan, melalui pengajaran , pembelajaraan dan pembacaan. Sebenarnya tiada satu pun alasan yang diberikan untuk me'releven'kan PPSMI melainkan,wang, masyuk dan kroni. Aku bukan anti BI tapi anti manusia rakus yang tidak henti-henti merakus dan membodohkan orang melayu. Peruntukan 'instant' terbesar PPSMI disemua peringkat KPM menjadi lubuk duit, bukan lubuk ilmu.

Tak taulah apa nasib bangsa mendapat pemimpin yang menghianati bahasanya sendiri mentuhankan bahasa lain sebagai bahasa SM dengan alasan yang tidak masuk akal sama sekali. Cuba renungkan siapa yang menghilangkan tulisan jawi menjadi tulisan resmi orang melayu, siapa yang menghilangkan biasiswa kepada pinjaman walau pun ia menyalahi perlanggaran hak istimewa orang melayu dalam perlembagaan, siapa yang menghapuskan kuasa raja-raja melayu, siapa yang menghapuskan peruntukan per kapita yang termaktub dalam perlembagaan untuk sekolah Agama Rakyat yang menjadi nadi pembentukan akhlak remaja kini, siapa yang menjajahkan bahasa melayu dalam PPSMI dan banyak lagi yang tidak larat nak tulis yang memang aku sangat pasti jawapannya UMNO dan konco-konco nya...ruginya bangsa ku , agamaku dan negara ku.....besepai semuanya.....koni walaupu tak duduk kat Amereka dan london.tapi perangai sejibik diaorang buat malu mak bapak...

Muadalah punya cerita

Batal MoU, PM digesa siasat kedutaan
Intan Abdullah | intan@harakah.net.my
Thu | Nov 20, 08 | 5:18:55 pm MYT
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Hrkh) -Pemuda PAS Pusat mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi agar menjalankan siasatan terhadap Kedutaan Besar Malaysia di Mesir yang gagal mengambil tindakan menyampaikan surat rayuan pembatalan MoU bersama Universiti Al-Azhar. Iklan



Dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Dato' Ahmad Yaakob yang berjanji akan membawakannya kepada Abdullah.

Naib Ketua Pemuda PAS, Ustaz Azman Shapawi berkata pihaknya menggesa Perdana Menteri menyemak kembali integriti Kedutaan Malaysia di Mesir setelah difahamkan terdapat surat yang dihantar Abdullah bagi menarik semula keputusan pembatalan perjanjian kerajaan Malaysia dengan universiti tertua di dunia itu.

"Ia merupakan harapan semua IPT yang dibatalkan MoUnya agar disambung semula, kerana ia adalah masa depan pendidikan Islam secara amnya di Malaysia," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Namun, berdasarkan maklumat yang diterima Azman, pihak kedutaan tidak menjalankan peranan dan tanggungjawab yang diberikan Abdullah dengan tidak menyerahkan surat tersebut kepada pihak Al-Azhar.

"Setakat ini, kami mendapat maklumat bahawa pihak kedutaan tidak mengambil sebarang tindakan yakni tidak menyerahkan surat tersebut kepada kedutaan Malaysia di Kaherah.

Pihaknya juga curiga dengan keengganan Kedutaan Malaysia Mesir yang diketuai oleh Dato' Zainal Abidin Abdul Kadir dalam mempermudahkan urusan penghantaran pelajar Malaysia melanjutkan pengajian ke Mesir.

"Kita mendapat maklumat yang sahih mengenai tindakan pihak kedutaan mendedahkan sikap mereka yang tidak membantu proses muadalah ini diteruskan - tetapi ianya tidak dapat disebarkan atas sebab keselamatan.

"Ini secara tidak langsung akan mengorbankan masa depan pelajar pengajian Islam yang ingin melanjutkan pengajian di sana malah peruntukan pendidikan yang diperolehi juga tidak setanding dengan pelajar jurusan lain," ujarnya.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa pelajar jurusan selain pengajian Islam tidak menghadapi tekanan mengenai kemasukan ke universiti tersebut.

"Yang hairannya, hanya pelajar yang menuntut jurusan pengajian Islam sahaja yang terpaksa berdepan dengan kerenah dan masalah seumpama ini. seddangkan pelajar perubatan dan lain-lain tidak pula menghadapinya," katanya lagi.

Menurutnya juga, sebelum ini Pemuda PAS telah mengambil inisiatif dengan menghantar wakil mereka bertemu pihak pengurusan Universiti Al-Azhar bagi memperhalusi isu sebenar di sebalik pembatalan MoU tersebut.

Memorandum mendesak kerajaan Malaysia campurtangan terhadap isu penarikan keputusan pembatalan MoU oleh Universiti Al-Azhar tersebut diserahkan rombongan pemuda PAS pada 20 November lalu di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Ia ditandatangani oleh kira-kira 25 organisasi mahasiswa dan Institusi Pengajian Tinggi yang terlibat dengan program muadalah ini.

Turut serta mengikuti majlis serahan tersebut Setiausaha Pemuda, Ahmad Sabki Yusuf; Ketua Pemuda PAS Wilayah, Kamarulzaman Mohamed dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Helmyzan. - mks._

Wednesday, 19 November 2008

Ihtifal SAR

Majlis Ihtifal dan Khatam Quran SAR Masjid Rapat Setia, Ipoh
Dilulus terbit pada Wednesday, November 19 @ 14:00:00 MYT oleh TokBatin


Oleh ajijoi

"


Pagi tadi, kami sekeluarga menghadiri Majlis Ihtifal & Khatam Quran Sekolah Agama Rakyat, Masjid Sultan Yussuf, Rapat Setia Ipoh kerana anak sulung saya Nur Aqilah Nasuha menyertai acara nasyid dan juga berkhatam Quran disana.

Majlis diadakan didewan sekolah dan dirasmikan oleh Penyelia Pendidikan KAFA Daerah Ipoh, Ustaz Sabri Bin Ramli PJK.


Dimulakan dengan bacaan doa dan bacaan Quran serta ucapan wakil pelajar oleh pelajar SAR sendiri. Ucapan Guru Besar dan juga perasmi majlis (ucapan yang terlalu panjang sehinggakan ibubapa kelihatan resah gelisah menanti acara seterusnya didalam keadaan dewan yang panas dan bersesak).

Diikuti dengan khatam Quran dan juga penyampaian hadiah akademik. Majlis diakhiri dengan jamuan buat semua yang hadir.

Monday, 17 November 2008

Sekolah agama Vokasional di Selangor

S'gor cadang tubuh sekolah agama teknik dan vokasional
Jimadie Shah Othman | Nov 17, 08 2:20pm
Kerajaan Selangor bercadang untuk menubuhkan sekolah agama teknik dan vokasional, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya sekolah agama teknik dan vokasional akan ditubuhkan segera bagi menampung pelajar mendapat pendidikan agama secara formal sehingga tingkatan lima.

Menurutnya, ia berikutan terdapat banyak permohonan untuk memasuki sekolah agama sedangkan tempatnya terhad.

Abdul Khalid menegaskan demikian ketika merasmikan perjumpaan khas guru-kuru kelas al-Quran dan fardu ain (Kafa) negeri Selangor 2008 di Shah Alam pagi tadi. Hadir sama ialah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu ketika bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, beliau berkata, kerajaan negeri akan membincangkan cadangan itu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pihak swasta.

Menurutnya, rangka tindakan cadangan tersebut dijangka dapat disiapkan enam bulan lagi.

Sehubungan itu Abdul Khalid berharap, kerajaan pusat dapat menyediakkan pembiayaan memandangkan program itu memberi kebaikan kepada negara secara keseluruhannya.

Elaun Kafa dinaikkan

Sementara itu, Khalid turut diminta mengulas cadangan wakil rakyat PAS Pokok Sena, Mahfuz Omar supaya kerajaan negeri Pakatan Rakyat menggunakan tambang penerbangan kelas ekonomi bagi menjimatkan wang kerajaan.

Mengulas perkara itu, menteri besar berkata kerajaan Selangor tidak ada masalah untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya, bukan semua tambang kelas perniagaan lebih murah daripada kelas ekonomi.

"Kadang-kadang sama," kata Khalid.

Mengenai kemungkinan Selangor mengembalikan penggunaan bahasa Malaysia di di sekolah agama rakyat untuk mata pelajaran Sains dan Matemarik, beliau berkata: "Cara mengajarnya lebih penting, bukan bahasa."

Dalam ucapannya sebelum itu, beliau turut mengumumkan tambahan elaun kepada guru Kafa sebanyak RM261.70 - daripada RM738.30 kepada RM1,000.

Elaun penyelia Kafa juga dinaikkan RM338 - daripada RM1,112 kepada RM1,500.

Selain itu, kumpulan tersebut akan dilindungi Insurans Takaful mulai Januari 2009.

Monday, 3 November 2008

Elaun Guru Kafa naik?

Elaun guru agama JAIS naik RM1,000, mungkin naik hingga RM1,500
Abdul Aziz Mustafa
Mon | Nov 03, 08 | 4:38:00 pm MYT
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Hrkh) - Kira-kira 6,262 guru Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Fardu Ain (KAFA) di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan dinaikkan kepada RM1,000 sebulan mulai Januari tahun depan berbanding RM738 sekarang. Iklan



Malah, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi jaminan elaun itu mungkin dinaikkan kepada RM1,500 sebulan dalam masa dua atau tiga tahun lagi jika keadaan kewangan kerajaan negeri mengizinkan.

Sehubungan dengan kenaikan elaun tersebut, Abdul Khalid berkata, para guru SRA dan KAFA mungkin akan diberikan kemahiran yang lebih seperti mampu membina pangkalan data anak-anak murid mereka untuk rujukan JAIS dan kerajaan negeri, katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JAIS dan meraikan kakitangan JAIS yang bersara.

Beliau turut merasmikan talian online JAIS "NCR Online" yang dibangunkan untuk memberikan kemudahan kepada masyarakat Islam dalam urusan perkahwinan dan penceraian.

Sebelum ini, Pengarah JAIS Datuk Muhammed Khusrin Munawi telah meminta kerajaan negeri agar menimbang semula kadar elaun itu yang agak rendah di tengah-tengah kenaikan harga barangan keperluan pasa masa ini, selain ia terletak di bawah paras kemiskinan RM1,500 sebulan._

SMAR di bawah Yayasan Kelantan

PAS please take charge !
Dilulus terbit pada Monday, November 03 @ 16:44:37 MYT oleh TokPenghulu



Oleh : kelulut@telokbakong.com


Sekolah Agama Rakyat ( SAR ) yang diuruskan oleh Yayasan Islam Kelantan atau YIK akan menubuhkan kelab bahasa Cina pada tahun hadapan dan akan membenarkan lebih ramai pelajar menguasainya bagi meluaskan lagi pemikiran mereka.


Menurut laporan Oriental Daily News kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan pendidikan, dan Dakwah Islam kelantan Nik Amar Nik Abdullah berkata pada awalnya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadang agar dimasukkan sebagai salah satu subjek pendidikan namun YIK telah menangguhkan kerana mereka telah sedia ada 20 matapelajaran



"Jika kami memperkenalkan subjek yang lain, pelajar akan terbeban " kata beliau.


Bagaimanapun , bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari bahasa Cina , YIK akan menubuhkan Kelab Bahasa Cina di sekolah terbabit bermula tahun hadapan .


Langkah ini pada hemat penulis adalah sangat wajar memandangkan kepentingan menguasai bahasa Cina kini. Ditambah pula keadaan taburan rakyat Malaysia yang mana Kaum Cina telah jauh kehadapan didalam pelbagai bidang utama dinegara kita ini .


Dengan lahirnya para pelajar yang mahir menguasai ilmu akedemik , agama dan disamping berkemahiran berbahasa Arab, Inggeris , Cina sudah pasti peluang untuk perkembangan minda sekaligus lanskap dakwah Malaysia akan tercorak dengan warna - warni yang lebih memukau manusia terhadap Islam .


Sekian lama rakyat Malaysia terutama kepada yang bukan Melayu tidak dapat gambaran sebenar Islam lantaran watak - watak Islam yang di bawakan oleh pendokongnya berbeza daripada petunjuk Illahi.


Adalah diyakini bahawa idea TG Nik Abdul Aziz tersebut bukan sekadar berkisar diatas dasar kepentingan populis semata malah yang terpaling penting adalah dakwah Islami yang bersifat holistik yang selama ini terbatas dek kepentingan bangsa dan bahasa dan agama masing - masing .


Inilah antara bentuk reform yang sepatutnya telah lama dilaksanakan oleh pimpinan Parti Islam sebagai Khalifah diantara partai - partai yang lain. Supaya kita dilihat sebagai reformis didalam agama .Kita bukan mahu meminda apa sahaja tetapi membetulkan apa yang tidak lurus daripada agama .


Parti Islam wajib mendahului pelbagai aspek ekonomi, pendidikan, hiburan agar kita tidak dilihat sebagai kaki komplen tetapi gersang dari sudut idea apatah lagi contoh yang sangat didambakan oleh umat .


Ekonomi


Sudut ekonomi misalnya Parti Islam Semalaysia masih tidak jelas dimata rakyat. Sepatutnya negeri - negeri yang telah kita kuasai terutama kelantan sudah ada trademark yang tersendiri.Kita jadikan kelantan sebagai ' lembah hub halal ' wujudkan sektor pertanian penternakan , pertanian sayuran, paling tidak pun pusat ternakan ayam terbesar ( sebagai contoh ) yang dijamin kehalalannya.


Cabaran ekonomi dialam internet juga adalah cabaran bagi kita semua . Ramai kalangan agamawan apatah lagi rakyat teramai yang terjebak skim cepat kaya ( yang tidak Islamik ) Ulama - ulama kita pun agak lambat untuk memutuskan hukum maka terkadang kita agak terlewat untuk menasihat dan merawat .


Terbukti orang Melayu kelantan adalah paling ramai menduduki carta golongan profesional malah perniagaan kecil dan sederhana merekalah juara diantara kita.


Hinggakan di Pekan Bota Kanan itu pun adalah orang Kelantan peniaga Emas ( keluarga sebelah mertua penulis, bukan ujub sekadar menguatkan keyakinan ).


Hubungan


Hubungan Parti Islam Semalaysia dengan non muslim agak kurang nampak hikmahnya dalam kes - kes besar yang melibatkan agama kita kelihatan agak emosi.


Sebagai contoh baru - baru ini kes bertengkaran dengan Bar Council hingga membawa kepada pertikaman lidah. Sepatutnya apabila kita sampai bersemuka tidak perlu menjerit - jerit .Beritahu kepada mereka bahawa pihak kita mahu turut serta dan hujah secara baik bukankah agama menganjurkan kita berhujah secara fakta dan angka ?
Penulis bukan anti demontrasi malah pernah terlibat dalam beberapa demontrasi sebelum ini . Cuma saya bukan orang besar parti maka gambar tidak banyak dirakamkan.


Kita bimbang media sengaja menayangkan berkali - kali adegan yang kita tidak sedar itu sebenar adalah provokasi oleh pihak - pihak tertentu .Lihatlah pada hari tersebut pihak polis seperti membiarkan hingga pendemontrator masuk kedalam premis bangunan hingga wujud ketegangan.


Sebenarnya antara kelemahan kita ada kekurangan perundingan / pendakwah yang mahir berkomunikasi dengan pelbagai golongan terutama yang melibatkan para non muslim mahu pun para muslim yang sudah' westernized minded '.


Golongan ini sebenarnya terlalu kritis terkadang terdapat kritikan yang melampau terhadap Islam.Tapi itu bukanlah alasan untuk kita hanya mengomel tanpa bertindak .Sepatutnya Parti Islam SeMalaysia sudah siap siaga untuk menghadap sebarang hujah daripada golongan yang jahil ini mahupun puak yang sengaja menjahilkan diri tersebut.


Penulis kagum dengan pendekatan yang dilakukan oleh pimpinan Parti yang sanggup masuk kedalam Pusat Ibadat non muslim dengan fasih menerangkan apakah itu Islam yang sebenar dan kenapa Parti Islam perlu dipilih sebagai wadah untuk rakyat Malaysia .


Kita perlukan para ustaz dan pendakwah yang berotak faqih dan dalam masa yang sama berjiwa daie .Bukan sekadar bergelar agamawan maka orang lain dipandang kurang manfaat .


Maka usaha mempelbagaikan bahasa para pelajar pada peringkat awal mereka akan terutama di SAR adalah suatu langkah terpuji dan bervisi daei.


Berebut mayat


Setiap kali ada kematian mualaf yang bermasalah dengan taraf agamanya maka tarik menarik kedua - dua belah pihak sering terjadi. Alhamdullilah ada juga umat Islam yang prihatin sanggup berjuang demi jenazah saudaranya.


Jika tidak dek kerana kematian, murtad pula menjadi cabaran hebat bagi umat kini.


Soalnya kenapa kita tidak ambil peduli apabila mendengar tentang keIslaman seseorang anak Adam.Dimana pusat perlindungan mereka, dimana kebajikan mereka , apakah jaminan keselamatan mereka , manakah silibus khas bagi mereka untuk mendalami Islam ?


Pas mesti wujudkan pusat khidmat mualaf 24 jam jika benar - benar mahu membantu bukan sekadar berjuang setelah berlaku masalah yang sukar di selesaikan barulah kita nampak bagaikan wira tapi sayang semuanya sudah terlambat .


( peringkat awal Tim. Presiden PAS dipilih penulis pernah cadangkan kepada beliau ).


Hiburan


Ini satu lagi usaha yang perlu segera dilakukan reform Parti Islam sering berdepan masalah ini .Tetapi dalam masa yang sama kita masih belum lagi berjaya membawa alternatif bagi muda mudi umumnya dinegara kita ini.


Mungkin budaya menghukum begitu menebal didalam diri kita , tidak disangkal setiap perlakuan buruk yang lari dari konsep Islam mesti ditentang. Apakah kita hanya bicara hukum tentang alatan muzik bertali atau bertiup ?


Rakyat diluar sana mahu melihat perubahan , contoh yang dapat mengantikan hiburan ada berada dipasaran kini .


Persoalan besarnya sekarang apakah kita sudah sedia untuk menggalas tanggungjawab ini ?

Thursday, 30 October 2008

Budak SAR juga yang kena

Sikap Negatif Ibu Bapa Cemarkan Sekolah Agama
Dilulus terbit pada Thursday, October 30 @ 22:30:00 MYT oleh TokBatin


Oleh alexanderwathern

"Dari luar, sekolah-sekolah agama nampak tenang dan suci. Memang sebegitulah sepatutnya kawasan dan para penghuni kawasan yang menjadikan agama Islam sebagai terasnya. Namun tidak semuanya seperti yang kita sangka ataupun yang kita harapkan.

Sesekali terdengar suara-suara mengatakan para pelajar sekolah-sekolah beraliran agama kurang maju dari segi akademik. Kata-kata ini kadang-kala memang ada kebenarannya. Sebenarnya ada banyak faktor yang mewujudkan tanggapan sebegitu. Salah satu daripadanya yang cuba kita bangkitkan di sini adalah sikap ibu bapa.


Allah SWT dengan kebijaksanaanNya menjadikan manusia berbeza-beza. Ada yang cepat menangkap pelajaran dan ada yang lemah. Ada yang jiwanya cenderung untk taat dan ada pula yang cenderung untuk engkar. Anak-anak tidak terlepas daripada hal ini.

Kita berasa hairan memikirkan sekap sesetengah ibu bapa. Apabila anak-anak mereka tidak ‘menjadi’ dalam akademik ataupun bermasalah alam disiplin di sekolah rendah, mereka menghantarnya ke sekolah-sekolah agama, baik yang di bawah naungan kerajaan mahupun persendirian. Mereka berbuat demikian kononnya dengan harapan agar anak-anak mereka berubah menjadi maju dan baik. Padahal mereka tidak tahu yang anak mereka akan menjadi virus ‘trojan horse’ apabila di sana nanti.

Di rumah sudah tidak tertegur dan terkawal, dihantarnya budak ini ke asrama ataupun pondok. Lega rasanya tidak perlu berhadapan dengan karenah si budak sehari-hari. Tapi mereka kurang memikirkan kesusahan orang lain. Asal kurang beban sendiri, sudahlah. Anak-anak di asrama sudah tentu terkepung dan ada orang yang menjaganya.

Hal ini menggambarkan seolah-olah sekolah agama itu tempat buangan, kelas kedua. Kita melambakkan anak-anak yang kurang maju dalam pelajaran ataupun yang bermasalah disipilin di sana, memanglah memberi kesan negatif kepada sekolah itu.

“Tengok, banyak budak-budak sekolah agama tu yang jahat-jahat.”
“Alahh, sekolah agama biasalah, keputusan PMR dan SPM tentu ‘corot’ punya.”

“Budak-budak sekolah maahad masuk sukan daerah semedangnya dapat tempat belakang-belakang.”

Kadang-kadang yang berkata itu bangsa asing dan bukan beragama Islam. Terasa darah mengalir laju naik ke kepala kerana kita terasa terhina. Begini rupanya pandangan orang terhadap institusi pengajian Islam.

“Hmmm... di sekolah biasa dia dah tak boleh ‘pergi’, hantar ke sekolah agama aje lah.” Apa agaknya yang diimpikan oleh pelafaz kalimah-kalimah ini? Pelajaran di sekolah agama kan lebih banyak daripada di sekolah biasa? Sekiranya Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam di sekolah biasa pun dia asyik dapat D dan E, apakah di sekolah yang lebih banyak cabang-cabangnya akan dapat A dan B?

Tidak kita nafikan, memang ada seorang dua yang gagal di sekolah biasa tapi berjaya di sekolah agama. Namun dalam hal ini kita berbicara berdasarkan kebiasaan.

Bukankah sepatutnya anak-anak yang bijak-bijaklah dihantar ke sekolah agama? Mereka menguasai akademik di sekolah biasa, insyaallah mereka juga mampu menguasai ilmu-ilmu khusus agama Islam. Akhirnya nnati mereka akan jadi seorang agamawan yang luas pengetahuan amnya.

Sering saja pelajar bermasalah ketika di sekolah rendah, dihantar ke tingkatan satu sekolah agama tetapi beberapa bulan kemudian berpatah balik ke sekolah biasa. Ada juga yang berpatah balik ketika berada di tingkatan tiga, tahun mengambil peperiksaan PMR. Mengapa jadi begini?

Antara sebabnya mereka tidak mampu ‘menangkap’ ilmu-ilmu di sana. “Di sana pelajaran susah-susahlah, di sekolah biasa senang sikit, “alasannya. Antara sebabnya lagi, masalah disiplin. Di sana dia menjadi virus kepada pelajar-pelajar lain. Apabila ditanya, alasannya kena buli, barang-barang dicuri, berjauhan dengan keluarga dan sebagainya.

Pernah seorang tenaga pengajar di sekolah beraliran agama berbicara lebih kurang katanya, “Huh, dari luar nampak saja bertudung litup, tapi di sebaliknya tu... syaitan!” Memang ada benarnya. Kalau ternampak saja lelaki melintas, yang perempuannya cepat-cepat menarik purdah menutup hidung dan mulut. Dalam hati kita berkata, “Solehahnya budak ni!” Padahal kelakuan mereka sama sahaja dengan pelajar-pelajar sekolah sekular, malah ada yang lebih teruk lagi.

Penah belasan tahun lalu seorang wanita bernama L yang bersekolah agama menjadi artis tempatan. Bukan main mendedahkan aurat lagi, betul-betul macam wanita murahan. Dakwa si artis dalam majalah hiburan, kawan-kawannya ketika bersekolah agama dulu banyak memberikannya perangsang agar terus maju dalam dunia hiburan. Jika benarlah cerita ini, apalah malangnya nasib umat Islam Melayu. Kini, sudah bertahun-tahun namanya tidak disebut-sebut orang lagi. Maksudnya sudah gagallah tu. Harap-harapnya dia sudah bertaubat.

Berbalik kepada soal sikap ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah agama. Ada yang siap pesan, “Ustaz ajar ilmu agama saja tau! Segala pelajaran Matematik, Sejarah, Geografi, Sains dan lain-lain tak payah ajarlah.” Pening kepala si ustaz. Sempitnya pandangan si ibu bapa terhadap ilmu-ilmu agama.

Jika tidak diajar Matematik, mana mungkin si anak mampu menguasai hal ehwal zakat, falak, takwim, faraid dan lain-lain? Jika tidak diajar Sains, mana mungkin si anak menghuraikan tafsiran al-Quran dengan berkesan? Jika tidak diajar Sejarah, mana mungkin si anak menguasai ilmu agama kerana lebih 90% ilmu agama itu sendiri adalah sejarah? Jika tidak diajar ilmu kesihatan, mana mungkin si anak menjadi ulama yang sihat dan tabib yang berkesan?

Ada sekolah agama swasta mengenakan bayaran yang sangat rendah. Kadangkala ada yang percuma. Ibu bapa hendak beri wang ataupun tidak, para ustaz dan ustazah tetap terima anak-anak mereka dan mengajar sepenuh hati. Tapi ada pula ibu bapa yang tiada kesedaran. Maklumlah, bayaran ikut suka hati. Jadi pembelajaran anak-anak mereka pun macam main-main saja. Anak-anak selalu tidak ke sekolah, mereka kurang kisah. Pelajaran anak-anak kurang diambil endah. Tapi angan-angan tinggi, hendak anak-anak jadi ulama, mahu anak-anak memberi syafaat kepada keluarga. Ini namanya angan-angan, bukan cita-cita.

Lagi sikap ibu bapa. Anak-anak dihantar ke sekolah yang baik suasananya dan para pengajarnya ula baik penampilan rohani dan jasmani. Tetapi di rumah, suasana rumah dan keadaan ahli rumah tidak ada beza dengan orang biasa ataupun orang-orang bukan Islam. Baik dari segi hiburannya, pergaulannya, percakapannya, perhiasannya dan lain-lain. Ibu bapa sendiri tidak mahu berubah tetapi mengangankan anak-anak mereka berubah. Bolehkah?

Sebenarnya corak sebegini lebih mendidik anak-anak menjadi sekular. Apabila di sekolah mereka umpama ustaz dan ustazah luar dan dalam, tetapi di rumah mereka berubah menjadi artis-srtis sebagaimana yang biasa kita lihat. Ketiak ke majlis yang bersuasanakan agama, mereka berubah menjadi soleh, ketika ke majlis yang tidak bersuasanakan agama, mereka serba boleh.

Tolonglah wahai ibu bapa. Ubahlah sikap kita. Niatkan untuk membuat perubahan mulai hari ini. Bantulah para ustaz dan ustazah untuk memudahkan mereka membantu anak-anak kita dan seterusnya membantu perkembangan Islam, bukan menguncupkannya lagi. Jadikanlah diri kita contoh kepada anak-anak. Perubahan bermula dari rumah. Banyak orang berfikir untuk mengubah dunia tetapi terlupa berfikir untuk mengubah dirinya.

Wallahualam

PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT
BERSAMA DAKWAH TAJDID SEGAR

Abu Zulfiqar ‘Alexanderwathern’
26 OKTOBER 2007

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=427&mode=&order=0&thold=0




http://alexanderwathern.blogspot.com/

"

Monday, 20 October 2008

Sekolah Menengah Kebangsaan

Bila teman menulis pasal SMK Taman Bukit Indah Hishamuddin Tun Hussein...turun padanglah bro.. semalam, ianya hangat diperkatakan di SUA. Ir. Anuar membuat beberapa revelations lagi yang agak menyedihkan tentang sekolah ini.

Tentang guru yang masih berjogging sekitar pukul 7.30 pagi sedangkan waktu mengajar bermula pada masa tu.

Tentang segerobolan murid ponteng sekolah di sekitar longkang besar yang melintas Taman Bukit Indah dan Taman Ampang Indah hingga ke Kosas...

Tentang guru2 yang takut mengambil tindakan terhadap anak2 murid yang nakal kerana takut kereta kena calar dan sebagainya.

Tentang pencapaian akademik yang tidak cemerlang.

Tentang PIBG yang mati.

Tentang kekurangan kemudahan infra struktur dan kemudahan pelajaran.

Lalu beliau mencadangkan agar anak teman dipindahkan ke SMK Taman Kosas untuk mengejar kecemerlangan akademik. Namun ada risiko2 yang perlu teman harungi...

Di Kosas, katanya pencapaian akademik lebih baik. Ramai students melayu yang jadi doktor, jurutera dan macam2...pendek kata professional belaka.

Namun risikonya...di sekolah ini disiplinnya lebih teruk. Antaranya...ada yang berzina di dalam kelas, ada yang termengandung, hisap rokok biasa, ponteng sekolah, pukul cekgu dan lain2.

Antara sebabnya ialah sekolah ini terlalu ramai murid2nya. Satu tingkatan sampai 13-15 kelas.

Antara sebabnya, sekolah ini terpaksa cover anak2 PATI dari Lembah Jaya.

Dengan kelas yang terlalu banyak, sekolah ini hanya menumpukan perhatian sepenuhnya kepada beberapa kelas sahaja. Contohnya, dari 15 kelas di tingkatan 2...cuma 5 kelas pertama sahaja yang diberi perhatian. Apa nak buek? Cekgu tak cukup dan kemudahan juga tidak memadai...

Persoalannya...

1. Apa dah jadi dengan sistem pelajaran negara kita?

2. Apakah dengan penumpuan terhadap kecemerlangan akademik sahaja (5A, 10A, 18A, 21A...) yang tak sampai 10% dari keseluruhan pelajar yang menduduki peperiksaan, kita telah mencapai sasaran mendidik anak bangsa? Apa nak jadi dengan 90% lagi? Mereka tu bukan manusia ke?

3. Dengan striving for academic excellence ni... adakah kita rela mengorbankan nilai2 moral, akhlak dan sahsiah diri? Teman masih ingat cita2 murni Anwar menukar nama kementerian dari Kementerian Pelajaran kepada Kementerian Pendidikan. Tujuannya ialah agar guru tugasnya mendidik bukan mengajar. Tetapi kini Anwar telah dibuang jauh dan guru kembali mengajar bukan mendidik...

4. Menteri Pelajaran berpendidikan barat. Tidakkah dia nampak ketika dia belajar dari Alice Smith School hingga ke english public school, Cheltenham College, Cheltenham, University of Wales, Aberystwyth dan London School of Economics tentang sistem pendidikan yang baik yang boleh dipraktikkan di negara kita?

Kenapa orang2 sebegini bila balik ke Malaysia dan diberi tanggungjawab jadi dungu?

Menurut Ir. Anuar, british ni tidak terlalu menekankan atau menjadikan anak2 mereka seperti robot. They teach their students to survive in the real world. Anak saudara teman yang baru balik dari Dublin menceritakan bagaimana anak2 di peringkat sekolah rendah di sana enjoy bila pergi sekolah. Bukan enjoy in the sense of ponteng sekolah atau buat yang bukan2 tetapi tidak terlalu dibebankan dengan akademik yang membebankan.

Di sini...anak teman yang gi Smart Reader tu pun berlambak homeworks. Apa ke hei?

Satu lagi persoalan? Berupayakah kerajaan sekarang ini memperbetulkan keadaan? Ataukah kita akan terus hanyut ditelan masa? Dan universiti kita akan terus merudum ratingnya....

Dan ini yang paling penting. Jika kita mengambilalih kuasa...apakah pelan tindakan kita?


MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

Kiriman Firdaus - Kopitiam Bang Nan

Tuesday, 14 October 2008

Tuesday, 9 September 2008

Alahai nasib bahasa ku

Isu sebenar disebalik Pengajaran Matematik Sains dalam Bahasa Inggeris
Dilulus terbit pada Tuesday, September 09 @ 17:20:00 MYT oleh reformis


Oleh abangraja

"

Dalam Utusan Malaysia hari ni dilaporkan tentang calon UPSR tahun ni yg merupakan penanda aras keberkesanan program pengajaran matematik sains dalam bahasa inggeris. Isu ni telah ramai yg membincangkannya semenjak kali pertama ianya di bincangkan untuk dilaksanakan pada 5 tahun yg lepas. Saya benar2 sedih dengan langkah ini. Peggunaan Matematik Sains dalam bahasa inggeris idea sapelah agaknye yg karut ni.. atas dasar apalahhhh diorang pandai2 je buat dasar tanpa mengambil kira pendapat cerdik pandai yg terbanyak bukan cerdik pandai yg rasuah !!



PUTRAJAYA 9 Sept. – Seramai 518,616 murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hari ini akan menjadi penanda aras kepada kelangsungan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata, mereka adalah kumpulan pertama murid-murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu setelah PPSMI diperkenalkan pada 2003. - Utusan Malaysia online


Isu PPSMI ini sebenarnya ada rahsia yg tersembunyi yg ramai tak tahu. Kenapalah begitu beria kerajaan nak laksanakan pengajaran dua subjek ini dlm Bahasa Inggeris? Adakah untuk menyediakan para pelajar kita... generasi kita .. agar boleh bersaing diperingkat global dgn lebih baik lagi? Benarkah begitu? Adakah rakyat Jepun yg diajar fully bahasa Jepun tu ... bukan bahasa Inggeris tak boleh bersaing diperingkat Global? Bagaimana juga dgn bangsa Italy, Peranchis, German, Thailand, dan banyakkkk lagi negara2 maju lain yg terbukti amat maju yg tidak menggunakan bahasa inggerispun didalam sistem pendidikan mereka?


Saya masih ingat sewaktu saya transit kejap di Prague dulu tahun 2002... saya bercakap dlm Bahasa Inggeris tanya diorang restoren kat mana.. diorang wat derkkk je... tapi bila saya ckp dlm Bahasa Malaysia walaupun diorang tak paham tapi diorang beriya2 nak tolong. Betapa mereka bangga dgn bahasa ibunda mereka.


Sebenarnya pada pendapat saya kerajaan laksanakan PPSMI ni hanya lah satu tujuannya iaitu UNTUK JUAL LCD PROJECTOR DAN LAPTOP semata-mata. Pernah tak sesiapa semak nama pembekal yg mengaut keuntungan besar dlm 5 tahun ni melalui pembekalan sistem ICT ke sekolah2 seluruh Malaysia bagi membantu PPSMI ni? Berbilion ringgit habis kat situ. Itu aje tujuannya. Ceritanya begini.. Bermula pada tahun 1989 .. masa tu ekonomi Malaysia amat baik dan pada tahun 1992 kita antara yg terbaik di rantau ini. Pada masa tu kerajaan Malaysia menghantar ramai pelajar ke luar negara. Banyak twinning program yg dilancarkan seperti AAD (Amercican Associate Degree, International Bachalaurette, A-Level, Australian Matriculation dsbg.). Pelajar yg dapat SPM sederhanapun ada yg dapat offer program ni maka ramailah yg berpeluang ke luar negara.


Di tempat kursus persediaan ini antaranya ialah di MARA Community College Kuantan yg dahulunya dikenali sebagai Maktab Sains Mara, Kolej MARA Banting, PPP Shah Alam, Kolej MARA Seremban, Trolak dan banyak lagilah...di tempat2 inilah anak2 malaysia berkumpul untuk belajar bahasa asing dan buat persediaan untuk ke luar negara. Ramai gilerrr masa tu termasuklah Ally Iskandar dan Suami pelakon sitcom Puteri yg baru bercerai tu (Anak Ramli Ngah Talib).


Sebenarnya ada dua kategori pelajar yg dihantar ke luar negara pada masa tu. Pertama pelajar tajaan MARA, JPA dan Petronas. Yg ni yg cream. Yg ni power giler result SPM terutama tajaan Petronas dan JPA. Tapi ada satu lagi group tajaan FAMA (Father and Mother). Yang ni private student. Haaaaa... disinilah punca segalanya. Private student ni kebanyakkannya buat kurus degree in TESL atau Degree in English. Biasanya anak orang miskin takkan buat or apply degree in TESL or ENGLISH sebab bagi orang miskin nanti keluar nak kejer apa... tambahan pulak rata2 anak orang miskin tak berapa padai Bahasa Inggeris sebab datang dari kampung. Anak orang kaya ni lain... Bahasa Ingeris dah power dah.. mak bapakpun dh speaking dah dari kecik... Lagi satu anak2 orang kaya bukannya terror sangat Math, Fizik, Add Math dll subjek penting tu. So mcm mana nak buat engineering ke, Accounting ke or kursus2 kritikal lain?

Maka anak orang kaya nipun masukla ketempat2 persediaan ni dgn tajaan sendiri buat kursus Bed(TESL) atau BA(English)... lepas dapat result bagus di kursus persediaan ni mereka semua boleh apply loan MARA untuk further studies ke overseas...


Maka ramailah anak Malaysia pergi ke luar negara bermula pada tahun 1990 kalau taksilap sampailah ekonomi Malaysia merudum tahun 1998 kerajaan stop dah beberapa program dan limit jumlah pelajar yg dihantar ke luar negara.


Disinilah bermula segala masalah. Anak2 menteri, anak kroni, anak2 orang kaya yg buat degree in TESL dan degree in English ni bila balik M'sia diorang takkan nak jadi cikgu bahasa inggeris?? Eh... tak masuk akal langsung... so diorang pakai kabel mak bapak diorang apply PTD. So diorang lah yg jadi pegawai2 penggubal dasar kat kementerian-kementerian kerajaan tu. Apa lagi dioranglah yang cadangkan agar Math Sains diajar dlm Bahasa Inggeris... kononya agar anak Malaysia akan jadi lebih cekap berbahasa Inggeris dan boleh bersaing diperingkat global. Sakittnya hati Ya ALLAHHH... dan kerana cadangan diorang tulah maka beratus juta duit rakyat dihabiskan beli LCD Projector dan Laptop yg rata2 cikgu kitapun tak reti dan tak selesa nak guna.


Banyak IPT, cendikiawan, research telah dibuat, dibincangkan dan diterbitkan bahawa pengajaran Math Sains dlm Bahasa Inggeris ini tidak membantu meninkatkan pencapaian Bahasa Ingeris. Antaranya kajian yg dibuat di Universiti Malaya dan kajian oleh Prof. Dr. Jusoh dari UiTM. Negara Jepun, Italy, Peranchis , Jerman tak ajar dlm Bahasa Inggerispun jauh lebih maju... Malah pengajaran dlm bahasa Ingerislah puna anak Malaysia semakin lemah dlm pelajaran... yg paling teruk anak melayu laaahhhh...


Kalau iapun nak ajar dlm Bahasa Inggeris kenapa tak mulakan di MRSM dan SM Sains ke dulu... biar budak2 yg selected tu dulu yg jadi pengasas..lepas tu tengok and check keberkesanannya... Bila pembangkang dan masyarakat terutama cendikiawan dan ahli akademik yg genuine yg tidak rasuah marah dgn isu PPSMI ini maka setiap kali ujian UPSR ke PMR ke SPM ke soalan dipermudahkan. Kalau takpun cara marking dipermudahkan. Melihat skima pemarkahan peperiksaan setiap tahun aku sedih la... ada tu asalkan ada je satu perkataan tu dah dikira betul dah dapat markah. Begitu terdesaknya kerajaan nak tunjukkan bahawa rakyat Malaysia boleh follow la sistem PPSMI ni... hakikatnya rakyat Malaysia sendiri yg dibangangkan... kawan2 kat sekolah jenis kebangsaan cina kata diorang disekolah cina tak pernah patuh pada PPSMI.. diorang tetap ajar guna bahasa cina... sebab pelajar lebih mudah paham...


Akhirnya bila keputusan peperiksaan diumumkan memanglah menunjukkan yg subjek Math Sains tu semuanya ok.. dah soalan dipermudahkan... dan marking juga dipermudahkan... memanglaa result keseluruhan nampak gempak tapi sedar tak bahawa semua ni sandiwara yang akhirnya kena tanggung oleh kita semua rakyat Malaysia. Dahtu lama pulak tu kena menanggung...


Masa konvensyen kecemerlangan IPT di Sri Iskandar baru2 ni... ramai pensyarah IPT seluruh Malaysia bengang dengan PPSMI sebab yg masuk U nipun bukannya pandai sangat. Result SPM bagus tapi Y=mX + C pun tak tahu apa punya equation. Inilah jadinya bila kerajaan berniaga menggunakan rakyat. Inilah jadinya bila sesuatu itu dilakukan demi kepentingan politik dan bukan kepetingan agama, bangsa dan negara. Selepas 5 tahun barulah nak revise balik dan nak tengok balik keberkesanannya. Alaahhh... keberkesanan tu boleh dibuat... boleh direka... buat soalan senang... arangkan unit peperiksaa kementerian pendidikan buat soalan senang pastu marking juga senang. Contohnya soalan sains Rainbow consist of how many strips?? Buatlah sistem pemarkahan tu asalkan ada perkataan SEVEN je terus betul jawapannya tak kiralah seventy ke , seventeen ke... itulah hakikat yg terjadi semenjak PPSMI ni dilaksanakan.


Bila budak yg tak sepatutnya layak masuk IPT tiba2 dapat result bagus dan masuk IPT maka sistem IPT pulak bercelaru... sampailah masuk alam pekerjaan... habisss semuanya bercelaru... nanti akan keluarlah makin ramai engineer yg corrupt, doktor yg careless dsbg. Makin banyaklah jambatan yg runtuh... makin banykla tuala yg ertinggal dlm perut lepas pembedahan... semuanya gara2 satu tindakan yg bodoh!

DR. ABANGRAJA
"

Friday, 5 September 2008

Bila Cina faham Islam..

Bila Cina faham Islam..
Dilulus terbit pada Saturday, September 06 @ 13:36:22 MYT oleh SongkokPutih


Oleh enamjahanam

"PULAU PINANG, 5 Sept (Hrkh) - Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang menubuhkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sendiri tidak lama lagi di kawasan yang akan dimaklumkan kemudian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Jelasnya dalam majlis berbuka puasa bersama kepimpinan PAS Negeri di Restoran Kassim Mustaffa di Seberang Jaya semalam beliau menambah, semua cadangan itu akan diuruskan oleh Exco Hal Ehwal Agama, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Penerangan dan Perhubungan Masyarakat, Mohamad Fairus Khairudin.




Beliau berharap Adun Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman bekerjasama dengan Mohamad Fairus untuk berbincang mengenainya di samping membantu merealisasikan perancangan agar tidak ketinggalan.




"Kerajaan Negeri sedang merancang untuk menubuhkan SAR sendiri tidak lama lagi namun tempat, berapa buah dan peruntukan akan diberitahu kelak, " ujarnya.




Kerajaan Negeri juga akan mengembalikan peruntukan kepada SAR setelah dicantas oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) di era bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad.


Begitulah pendirian Ketua Menteri Pulau Pinang dari parti yang terkenal dengan anti Islam ....


Itulah jadinya bila Cina yang kapir telah faham sedikit tentang kebaikan Islam. Islam itu baik dan syumul. Islam itu lengkap dan melengkapi pada bila-bila masa, di mana jua dan dalam apa juga keadaan cuaca. Islam boleh dipakai di bumi, di bulan malah di planet Marikh kalau ada manusia di situ. Islam agama terbaik sebaB Islam dari Allah yang mencipta seluruh Alam. Maka Islam sesuai untuik seluruh makhluk Allah.

Bila Cina kapir dah pentingkan Islam dengan menubuhkan SAR, apakah kita perlu bagi lagi kepercayan kepada UMNO yang mengaku Islam tetapi menolak hukum Allah, Yang mengaku Islam tetapi menganaktirikan orang Islam Kelantan, Yang mengaku Islam tetapi menghapuskan bantuan per kapita kepada SAR? Fikir-fikirkan saudaraku dalam UMNO. Ternyata UMNO lebih jahat dari mana-mana kerajaan di dunia. Mungkin hangpa kata aku keterlaluan, tapi aku boleh buktikan. Dulu Pol Pot yang lebih jahat dari UMNO, tetapi sekarang Pol Pot dah mampuih dah dan Khmer Rouge pun dah lingkup. Yang kini tinggal ialah puak UMNO yang mengazab saudara mara sendiri dari Islam dan Melayu. Bercakap tentang ketuanan Melayu tapi merekalah menghancurkan Melayu. Bercakap tentang kebaikan Islam tapi hukum Islam depa perlekehkan. Inilah dia munafik yang sebenar-benarnya. Munafik yang nampak dalam terang dan nampak dalam gelap. Inilah munafik sebenar yang kita kena jauhi. Jauhilah UMNO seperti kamu jauhi penyakit AIDS. Itu pepatah aku, tak dak kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.

Berbalik kepada LGE yang menghendaki SAR ditubuhkan. Sebab apa? Sebab LGE sendiri dah faham tentang pentingnya roh Islam dalam orang Islam. Kalau ada jasad tanpa roh, maka itu manusia mati. Oleh itu orang Islam mesti ada roh Islam., barulah dia jadi Islam yang baik. Islam yang mengamalkan kehendak Islam. Bila dia jadi Islam yang soleh, maka rasuah akan diubati, penyakit sosial tiada lagi, penjenayah pun berkurangan dan macam-macam kejahatan dapat dikurangkan. Kalau ada jasad Islam tetapi tiada roh Islam, dia mati sebenarnya samalah macam matinya hati puak-puak UMNO terhadap Islam . Samalah macam drebar aku seorang dulu yang aku hampir terajang sebab dia kata " kalau nak makan sop tangan, pi ke Kelantan sebab orang Kelantan dok kerat tangan pencuri". Aku buang teruih dia bekerja dan lepaih tu dia mintak balik kerja sebab dia kata aku bertimbangrasa. Tapi cerita tu lama lah. Sekarang dia pulak jadi hulubalang PAS yang kuat setelah aku tarbiahkan dia tentang Islam yang syumul.

SAR terbukti dalam menghasilkan ulamak-ulamak yang terbilang. semua ulamak dulu lahir dari sekolah-sekolah pondok yang sylabusnya sama seperti SAR. Mereka bekerja benar-benar ikhlas. Mereka boleh mengajar dengan selesa dan hidup seadanya kerana mereka tak mengharapkan habuan dunia tetapi mereka mengharap redha Allah. Mudahkah kita nak melahirkan insan yang seikhlas mereka di zaman yang mencabar ini? Senangkah kita nak mendapatkan guru-guru yang agama yang mengajar di masjid dan surau dengan bayaran yang minima? Kekadang aku dapati bayaran untuk mereka datang mengajar tak mencukupi untuk menampung minyak kereta mereka terutama selepas Dolah Badwi penaik harga minyak ni. Inilah yang kita kena perhati. yang UMNO perhati ialah bila ustaz pondok dia mesti sokong PAS dan benci UMNO. Itu tandanya PAS parti yang benar. UMNO parti yang salah sebab itulah ustaz-ustaz pondok tak mau kepada UMNo. Bukan ustaz pondok dan ustaz SAR saja tak mau kepada UMNO, ustaz Azhar dan ustaz dari universiti tempatan juga tak mau ke UMNO. Yang mau ke UMNO tu sah ustaz songsang. Contoh macam ustaz yang tendang peti undi di Permatang Pauh seketika dulu. kalau peti undi pun dia tendang, macam mana kita nak kata dia ustaz baik dan sebab tu lah dia sokong UMNO.

Jadi langkan LGE patutlah kita semua sokong kerana bila ramai faham Islam dan yang kapir pun faham Islam, mereka tak akan menyokong BN lagi. Serlamat berkubur BN menjelang 16 September. Insya Allah....

Pualu Pinang bina SAR baru!

PULAU PINANG, 5 Sept (Hrkh) - Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang menubuhkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sendiri tidak lama lagi di kawasan yang akan dimaklumkan kemudian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Iklan



Jelasnya dalam majlis berbuka puasa bersama kepimpinan PAS Negeri di Restoran Kassim Mustaffa di Seberang Jaya semalam beliau menambah, semua cadangan itu akan diuruskan oleh Exco Hal Ehwal Agama, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Penerangan dan Perhubungan Masyarakat, Mohamad Fairus Khairudin.

Beliau berharap Adun Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman bekerjasama dengan Mohamad Fairus untuk berbincang mengenainya di samping membantu merealisasikan perancangan agar tidak ketinggalan.

"Kerajaan Negeri sedang merancang untuk menubuhkan SAR sendiri tidak lama lagi namun tempat, berapa buah dan peruntukan akan diberitahu kelak, " ujarnya.

Kerajaan Negeri juga akan mengembalikan peruntukan kepada SAR setelah dicantas oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) di era bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad.

Peruntukan itu amat wajar tegasnya, untuk menghidupkan pergerakan persekolah agama untuk generasi Islam.

Menurut Lim lagi, Kerajaan Pakatan Rakyat bukan sepertimana BN yang sanggup menghukum SAR kerana sokongan pada parti itu kurang kononnya kebanyakan orang Melayu berpaling tadah menyokong pembangkang.

"Bila peruntukan dicantas oleh Kerajaan BN ia memberi kesan terhadap pendidikan terutamanya pihak sekolah yang mengelolakannya. Setelah berkuasa kita akan beri kembali, " katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Thursday, 4 September 2008

Bajet 2009 perkasa modal insan- sekolah rakyat

Bajet 2009 perkasa modal insan

Oleh JAMDI NASIR dan ZULHISHAM ISHAK



BERSAMA ANAK YATIM... Abdullah Ahmad Badawi, Jeanne Abdullah dan Musa Aman (kanan) bergambar dengan sebahagian anak yatim sekitar Kota Kinabalu pada majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan kepada anak yatim di Kota Kinabalu, malam tadi.– Gambar GHAZALI BASRI

--------------------------------------------------------------------------------

modal insan

KOTA KINABALU 3 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pembentangan Bajet 2009 Jumaat lalu antara lain bertujuan memperkasakan modal insan rakyat agar turut dapat menyumbang kepada proses pembangunan negara.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan menyedari kekuatan modal insan amat penting dalam menentu kekuatan kerajaan sama ada sumbangan itu daripada perkhidmatan sektor awam sendiri atau swasta.

‘‘Bajet itu sememangnya mempunyai niat dan tujuan memperkasakan modal insan rakyat supaya dapat meningkatkan keupayaan mereka bekerja serta menyumbangkan semula kepada pembangunan negara.

‘‘Modal insan berkualiti amat penting untuk menambah kekuatan kita sama ada dalam sektor swasta atau awam. Inilah konsep yang pernah saya sebutkan iaitu bekerja bersama-sama saya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri anjuran kerajaan Sabah di sini malam ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal; menteri Kabinet Sabah dan para pemimpin masyarakat.

Abdullah berkata, bagi mengukuhkan keupayaan modal insan itu, kerajaan melalui Bajet 2009 menyediakan pelbagai kemudahan baru dengan harapan dapat memperbaiki taraf hidup rakyat.

Menurutnya, dalam keadaan kelembapan ekonomi dunia berikutan kenaikan harga minyak mentah serta krisis bekalan makanan, negara sebenarnya masih beruntung kerana berada pada tahap yang kukuh dan stabil.

Berikutan itu, katanya, kerajaan perlu memastikan setiap rakyat terus berupaya menjalani kehidupan dengan baik dan sempurna sekali gus membantu menjayakan Misi Nasional yang dirancang.

‘‘Bajet pada kali ini adalah bajet prihatin kerana kita mahu supaya rakyat dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik lagi berasaskan keupayaan yang ada.

‘‘Adalah penting bagi kerajaan melakukan apa sahaja yang terbaik bagi memastikan setiap pelaksanaan dilakukan dengan berkesan,” ujar beliau.

Perdana Menteri turut menarik perhatian mengenai usaha kerajaan meningkatkan kemampuan pengusaha industri kecil dan sederhana bagi meningkatkan produktiviti masing-masing melalui kemudahan modal dan latihan.

Beliau juga memberi jaminan akan terus turun padang melawat projek-projek rakyat di Sabah bagi memastikan setiap yang dirancang dilaksanakan dengan baik dan sampai kepada sasaran.

Katanya, jika sesuatu projek rakyat itu didapati mampu memperbaiki taraf hidup rakyat, kerajaan Pusat tidak teragak-agak untuk menambah nilai projek sedia ada agar menjadi lebih besar untuk dimanfaatkan.

Terdahulu, pada majlis tersebut, beliau menyampaikan sumbangan kepada 100 anak yatim daripada tiga rumah kebajikan dari Papar, Tambunan dan Telipok

SAR persendirian akan diberi tanah

SAR persendirian akan diberi tanah

Oleh ZAINI RABAN

IPOH 3 Sept. – Setelah menerima pelbagai kritikan dan desakan banyak pihak, kerajaan negeri hari ini mendedahkan bahawa pihaknya sedang memproses kelulusan tanah kira-kira 1,000 hektar kepada sekolah agama persendirian dan beberapa institusi Islam di Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin menegaskan, kerajaan negeri tidak pernah mengambil sikap pilih kasih dengan hanya menganugerahkan tanah kepada sembilan buah sekolah persendirian Cina sahaja.

Beliau sebaliknya berkata, permohonan tanah dari sekolah-sekolah agama itu adalah lebih awal berbanding permohonan yang dikemukakan oleh sekolah Cina terbabit.

‘‘Sebanyak 18 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) persendirian dan pelbagai institusi Islam di negeri ini telah membuat permohonan tanah yang secara keseluruhannya membabitkan keluasan lebih 1,000 hektar,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Pendokong SAR Negeri Perak (PPSR) supaya kerajaan negeri turut menganugerahkan tanah kepada Sekolah Menengah Agama (SMA) seperti yang diberikan kepada sekolah persendirian Cina bagi membolehkan SMA itu meneruskan peranannya.

Muhammad Nizar berkata, 18 buah SAR itu terdiri daripada sembilan buah SAR menengah dan sembilan SAR rendah yang telah menubuhkan sebuah koperasi bersama bagi menguruskan tanah berkenaan.

Kata beliau, tanah yang dipohon oleh sekolah terbabit adalah seluas 200 hektar yang akan diusahakan sebagai ladang-ladang supaya mendatangkan hasil.

“Itu baru SAR persendirian, kita turut menerima permohonan tanah daripada pelbagai institusi Islam lain dan jumlahnya jika digabungkan adalah lebih daripada 1,000 hektar,” katanya.

Muhammad Nizar menjelaskan, antara institusi Islam yang memohon tanah kepada kerajaan negeri adalah kira-kira 15 buah sekolah tahfiz al-Quran dan beberapa buah sekolah pondok.

Katanya, kerajaan negeri turut memberi peruntukan awal sebanyak RM1.3 juta kepada 18 buah SAR terbabit kerana keadaan sekolah itu terlalu daif.

Menurutnya, peruntukan berkenaan telah dikeluarkan kira-kira tiga bulan lalu tetapi tidak mendapat liputan media.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sekolah-sekolah persendirian Cina berkenaan akan menubuhkan sebuah syarikat yang tidak mengutamakan keuntungan bagi menampung kos operasi sekolah masing-masing.

Katanya, buat masa ini kerajaan negeri hanya mampu memberi bantuan sebanyak RM30,000 setahun bagi setiap sekolah persendirian itu dan jumlah tersebut amat jauh daripada mencukupi.

‘‘Kos operasi sekolah persendirian Cina itu mungkin mencecah RM10 juta setahun. Kami fikir bagi selesaikan masalah ini dalam jangka panjang, mereka perlu tubuh syarikat yang tidak mengutamakan keuntungan.

‘‘Mereka boleh tanam kelapa sawit yang boleh mendatangkan hasil dengan cepat iaitu dalam tempoh dua setengah tahun sahaja. Kalau nak harap bantuan RM30,000 setahun sahaja mana cukup,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Ngar Kor Ming mendakwa sekolah-sekolah persendirian Cina itu sebelum ini tidak pernah menerima sebarang bantuan kewangan daripada kerajaan.

Katanya, sekolah berkenaan mengalami bajet defisit setiap tahun hingga memaksa para pelajar mengutip derma semasa cuti persekolahan bagi membantu operasi sekolah.

‘‘Jadi apa salahnya kerajaan negeri bagi mereka tanah untuk dapat pendapatan. Pendapatan itu pula akan hanya dibelanjakan untuk pembangunan sekolah.

‘‘Kerajaan akan beri bantuan kepada semua dan bukan kepada sesuatu kaum sahaja,” jelasnya.

Alahai Johor Negeriku

MB Perak : Kelulusan tanah bukan hanya kepada sekolah Cina

IPOH , 3 Sept. :– Kerajaan negeri sedang memproses kelulusan tanah kira-kira 1,000 hektar kepada sekolah agama persendirian dan beberapa institusi Islam di Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin menegaskan, kerajaan negeri tidak pernah mengambil sikap pilih kasih dengan hanya menganugerahkan tanah kepada sembilan buah sekolah persendirian Cina sahaja.
"saya kesian kepada Ketua pemuda UMNO Perak yang tidak mendapat maklumat sebenar mengnai apa yang dilakukan oleh Kerajaan Perak" katanya.

Menteri Besar Perak didampingi ADUN Titi Serong, Setiausaha Akhbar. Setiausaha Politik dan Pegawai Khas.

Beliau sebaliknya berkata, permohonan tanah dari sekolah-sekolah agama itu adalah lebih awal berbanding permohonan yang dikemukakan oleh sekolah Cina terbabit.

‘‘Sebanyak 18 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) persendirian dan pelbagai institusi Islam di negeri ini telah membuat permohonan tanah yang secara keseluruhannya membabitkan keluasan lebih 1,000 hektar,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Hadir sama dalam sidang akhbar itu ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim, Setiausaha Politik, Ust. Misbahul Munir, Setiausaha Akhbar, Anuar Hashim dan Pegawai Khas, Amran Harun.

Muhammad Nizar berkata, 18 buah SAR itu terdiri daripada sembilan buah SAR menengah dan sembilan SAR rendah yang telah menubuhkan sebuah koperasi bersama bagi menguruskan tanah berkenaan.

Kata beliau, tanah yang dipohon oleh sekolah terbabit adalah seluas 200 hektar yang akan diusahakan sebagai ladang-ladang supaya mendatangkan hasil.

“Itu baru SAR persendirian, kita turut menerima permohonan tanah daripada pelbagai institusi Islam lain dan jumlahnya jika digabungkan adalah lebih daripada 1,000 hektar,” katanya.

Muhammad Nizar menjelaskan, antara institusi Islam yang memohon tanah kepada kerajaan negeri adalah kira-kira 15 buah sekolah tahfiz al-Quran dan beberapa buah sekolah pondok.

Katanya, kerajaan negeri turut memberi peruntukan awal sebanyak RM1.3 juta kepada 18 buah SAR terbabit kerana keadaan sekolah itu terlalu daif. Disamping itu belia menjelaskan beberapa bantuan segera telah diberikan kepada beberapa Sekolah Agama dan Maahad Tahfiz.

Menurutnya, peruntukan berkenaan telah dikeluarkan kira-kira tiga bulan lalu tetapi tidak mendapat liputan media.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sekolah-sekolah persendirian Cina berkenaan akan menubuhkan sebuah syarikat yang tidak mengutamakan keuntungan bagi menampung kos operasi sekolah masing-masing.

Katanya, buat masa ini kerajaan negeri hanya mampu memberi bantuan sebanyak RM30,000 setahun bagi setiap sekolah persendirian itu dan jumlah tersebut amat jauh daripada mencukupi.

‘‘Kos operasi sekolah persendirian Cina itu mungkin mencecah RM10 juta setahun. Kami fikir bagi selesaikan masalah ini dalam jangka panjang, mereka perlu tubuh syarikat yang tidak mengutamakan keuntungan.

‘‘Mereka boleh tanam kelapa sawit yang boleh mendatangkan hasil dengan cepat iaitu dalam tempoh dua setengah tahun sahaja. Kalau nak harap bantuan RM30,000 setahun sahaja mana cukup,” katanya.
Pada sidang akhbar itu beliau juga mendedahkan mengenai Sekolah Pondok Pak Teh di Pebgkalan Hulu yang merupakan seorang Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak yang terpaksa menghentikan operasi sekolah pada bulan Syaaban dan Ramadhan untuk mengutip derma bagi membiayai pengurusan pondok. Dia telah memohon tanah dari Mantan MB yang juga ADUN disitu tetapi tidak dilulusakan.
"Kita sekarang telah mengusahakan kelulusan segera kepada permohonan Pak Teh" Jelasnya.

Diposting oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 11:19:00 0 komentar Link ke posting ini

Wednesday, 3 September 2008

Sistem wakaf tanah utk SAR adalah lebih baik dan sempurna utk jangka panjang

SEKOLAH AGAMA RAKYAT JUGA AKAN DAPAT TANAH - MISBAH
Dilulus terbit pada Wednesday, September 03 @ 20:19:10 MYT oleh greenboc


Oleh jeefatt

"Kerajaan Pakatan Rakyat akan mengembalikan semula bantuan per kapita berjumlah RM1.3 juta kepada 18 buah sekolah Agama Rakyat di Negeri Perak bagi tahun 2008 ini. Bantuan tersebut akan diagih-agihkan dalam bulan Ramadhan, sedikit masa lagi.


Bantuan kepada sekolah agama rakyat telah dinafikan oleh kerajaan BN/Umno yang memerintah Perak dulu sejak pentadbiran Mahathir lagi;tetapi kini dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, bantuan tersebut telah diberikan semula.

Terdapat 9 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat dan 9 buah lagi Sekolan Agama Rendah yang menjadikan jumlah keseluruhannya 18 buah.

Terbukti bahawa kerajaan Pakatan Rakyat sangat prihatin dan mengambil berat untuk menyelesaikan masalah yang telah dicipta oleh kerajaan BN/Umno dulu.

Tetapi mengapa tiba-tiba baru kini Umno mahu menunjukan rasa prihatinnya terhadap Sekolah Agama Rakyat yang mana sebelum ini merekalah yang menjadi dajal, menindas Sekolah Agama Rakyat dengan menafikan pemberian per kapita tersebut?

Laporan Bernama telah menyebut tentang desakan Pergerakan Pemuda Umno, Zainol Fadzi supaya Menteri Besar Perak Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut memberikan lot tanah kepada Sekolah Agama Rakyat milik persendiran dan Sekolah Agama Pondok dalam usaha memaju dan memartabatkan agama Islam di Perak.

Kerajaan negeri menyedari bahawa pemberian RM30,000 setahun kepada 9 buah sekolah Cina itu( bukan setiap satu sekolah sebagaimana laporan tersebut) adalah tidak memadai.Oleh itu sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri memutuskan untuk memberikan tanah kepada sekolah tersebut bagi membolehkan mereka menubuhkan sebuah syarikat untuk mengusahakan tanah berkenaan.

Mengikut sumber yang boleh dipercayai, tanah tersebut akan diusahan dengan tanaman Kelapa Sawit dimana dalam jangka masa 5 tahun,akan memulakan pengeluaran hasil, maka bantuan RM30,000 setahun itu akan diberhentikan.

Perlu diketahui, bahawa pemberian 400 hektar tanah kepada sembilan buah sekolah menengah persendirian Cina di Perak itu adalah atas tempoh pajakan selama 30 tahun.

Projek seumpana ini telah lama dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan ; dimana kerajaan Kelantan telah memperuntukan 3,000 hektar tanah untuk sekolah-sekolah Cina disana.

Sememangnya,Kerajaan Pakatan Rakyat mahu bersikap adil kepada semua sekolah-sekolah di Negeri Perak ini; bukan macam Umno / BN yang sehingga kini gambar MB Pakatan Rakyat di lima buah negeri tidak dibolehkan digantung dibilik-bilik darjah sekolah-sekolah.

Kerajaan Negeri Perak juga sedang mengenal pasti tanah untuk Sekolah-Sekolah Agama Rakyat bagi tujuan yang sama dan akan di umumkan sedikit masa lagi.

www.al-futhuhat.blogspot.com

"

Tuesday, 2 September 2008

SAR Perak cantik dah! Johor bagaimana?

Pakatan Rakyat pulihkan SAR di Perak
Dilulus terbit pada Wednesday, September 03 @ 06:36:08 MYT oleh SongkokPutih


Oleh alhusseyn

"
Kerajaan Pakatan Rakyat akan mengembalikan semula bantuan per kapita berjumlah RM1.3juta kepada 18 buah sekolah Agama Rakyat di Negeri Perak bagi tahun 2008 ini.Bantuan tersebut akan diagih-agihkan dalam bulan Ramadhan , sedikit masa lagi.


Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak, Ust Misbahul Munir Masduki sebagai mengulas satu laporan Bernama yang telah menyebut tentang desakan Pergerakan Pemuda Umno, Zainol Fadzi supaya Menteri Besar Perak Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut memberikan lot tanah kepada Sekolah Agama Rakyat milik persendiran dan Sekolah Agama Pondok dalam usaha memaju dan memartabatkan agama Islam di Perak.



Bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) telah dinafikan oleh kerajaan BN/Umno yang memerintah Perak dulu sejak pentadbiran Mahathir lagi;tetapi kini dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, bantuan tersebut telah diberikan semula.


Terdapat 9 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat dan 9 buah lagi Sekolan Agama Rendah yang menjadikan jumlah keseluruhannya 18 buah.

Ikuti ulasan dan penjelasan beliau selanjutnya dilaman blognya yang baru di lancarkan hari ini.

"

cccc

Tuesday, 19 August 2008

Hantarlah anak anda kesekolah aliran Agama / Arab

Belia digesa kuasai ilmu agama
KUALA PILAH 19 Ogos – Golongan belia diminta mengisi diri dengan ilmu keagamaan bagi mengelak daripada terjerumus ke dalam kancah jenayah dan masalah sosial.

Ketua Polis daerah, Supritendan Ja‘afar Baba, berkata, langkah berkenaan berupaya menguatkan rohani dan jati diri golongan tersebut serta mendidik mereka menjadi anggota masyarakat yang lebih bertanggungjawab.

Menurut beliau, golongan belia sepatutnya menyumbang secara positif kepada keselamatan negara dan bukan menjadi beban kepada masyarakat.

‘‘Selain langkah penguatkuasaan undang-undang, kesedaran diri serta kekuatan rohani mampu mencegah golongan belia daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan masalah sosial seperti mencuri, ketagihan dadah dan rogol,” ujarnya.

Ja‘afar berkata demikian ketika berucap merasmikan program Forum Pencegahan Jenayah peringkat daerah anjuran Ibu Pejabat Polis daerah dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan daerah di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah dekat sini kelmarin.

Tambah beliau, golongan belia juga digalakkan menyertai program pendidikan pencegahan jenayah yang dianjurkan kerajaan kerana ia boleh dijadikan pedoman untuk menghindarkan diri daripada terjebak dalam kancah jenayah.

Jumlah SABK telah bertambah di Kelantan

MB rakam terima kasih kementerian bantu sekolah Yik
Lanjusoh
Tue | Aug 19, 08 | 6:24:49 pm MYT
KOTA BHARU, 19 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan merakam ucapan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan di atas pendaftaran 20 sekolah agama rakyat (SAR) dengan Kementerian Pelajaran bagi membolehkan bantuan kewangan disalurkan. Iklan



Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, alangkah manisnya jika sikap lunak seperti itu dapat diamalkan lebih awal dahulu.

"Langkah ini adalah usaha permulaan ke arah melihat tanggungjawab memelihara agama, sesungguhnya ia adalah peranan bersama.

"Ia sekaligus menghidupkan semula saluran bantuan perkapita kepada SAR di seluruh negara yang dihentikan sejak Mac 2002.

"Kami cukup menghargai kesudian Kementerian Pelajaran menerima kedua-dua syarat yang ditetapkan kerajaan negeri," katanya dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bertarikh 14 Ogos lalu.

Pada 12 Ogos lalu berlangsung majlis menandatangani perjanjian persefahaman di antara Kementerian Pelajaran dan Yik bagi membolehkan 20 sekolah agama bantuan kerajaan negeri didaftar di bawah kementerian.

Turut hadir menyaksikan majlis penuh bersejarah itu Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Hussien dan pegawai kanan kementerian. Majlis itu diadakan di Balai Islam, Lundang.

Menteri Besar berkata, biar pun pendaftaran dibuat namun kurikulum sekolah agama tidak dipinda.

Manakala pelantikan, penempatan, pertukaran dan kenaikan pangkat guru serta kemasukan pelajar kekal di bawah bidang kuasa Yik.

"Melalui proses give and take dalam roh kesedaran dan tolak ansur demi kebaikan bersama inilah saya melihat indahnya persefahaman yang berlangsung baru-baru ini.

"Alhamdulillah dengan termenterainya MoU antara Kementerian Pelajaran dan Yik maka rasmilah pendaftaran 20 sekolah agama negeri sebagai sekolah agama bantuan kerajaan (SABK).

"Semoga Allah S.W.T sentiasa mempermudahkan segala kerja ibadah kita dalam segenap amal dakwah untuk membawa Islam terus ke hadapan, InsyaAllah," ujarnya. - mj _

Thursday, 14 August 2008

pelajar agama sering diketepi

20071230
Kenapa pelajar Sek Ren Islam NS didiskriminasi ?
Pada mulanya pelajar-pelajar Sekolah Rendah Islam termasuk Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah (SRIAS) , Seremban tidak boleh untuk memohon masuk ke tingkatan 1 sekolah asrama penuh walaupun mereka mendapat 5A, atas alasan mereka adalah pelajar sekolah swasta.

Kemudiannya pelajar SRIAS di N.Sembilan ini yang mendapat keputusan 5A sahaja yang boleh memohon masuk ke tingkatan 1 sekolah harian seperti Sekolah Menengah Agama Sheikh Mohd Said (SHAMS) , Seremban dan Sekolah Menengah Agama Pedas (SMAP), sedangkan pelajar dari sekolah kebangsaan mendapat 4A 1B layak untuk memohon.

Yang terkini, dengar ceritanya untuk 2008 pelajar SRIAS tidak boleh memohon untuk masuk SHAM dan SMAP.

Akhirnya mereka hanya layak memohon untuk masuk sekolah menengah kebangsaan biasa atau sekolah menengah agama kelolaan kerajaan negeri. Apakah selepas ini pelajar SRIAS juga akan didiskriminasi untuk tidak layak memohon masuk mana-mana sekolah kerajaan ?

Saya sering memberi semangat kepada bekas pelajar SRIAS termasuk anak-anak saya sendiri , jadikan halangan ini, jadikan sistem diskriminasi ini sebagai pembakar semangat supaya mereka dapat buktikan mereka adalah merupakan pelajar yang cemerlang.

Dan , Alhamdulillah keputusan PMR 2007, membuktikan ramai bekas pelajar-pelajar SRIAS mendapat keputusan 9A. Setakat ini yang diketahui 5 orang, 4 orang di SHAMS dan 1 orang di Pancor/Paroi Jaya.

Apa jua keputusan Kementerian Pelajaran atau Jabatan Agama kami reda, dan kami hadapinya sebagai pembakar semangat untuk menjadikan anak-anak kami lebih cemerlang.

Barulah kami sedar sekarang bagaimana sistem kuota terhadap orang Cina dan orang India selama ini di Malaysia tidak menghalang mereka untuk membentuk generasi yang cemerlang.

Jadi siapa yang rugi ? Yang rugi ialah sekolah yang sepatutnya pelajar cemerlang ini layak memohon.

Jadi siapa yang untung ? Yang untung ialah pelajar-pelajar yang telah dibakar semangat mereka untuk cemerlang. Yang untung ialah sekolah yang tiada kemudahan yang lengkap, dapat berkongsi kecemerlangan pelajar dari sekolah swasta. Yang untuk ialah rakan sekolah pelajar cemerlang ini.

Fikir fikirkan, adakah sistem kuota, sistem diskriminasi ini menguntungkan semua pihak ?

Kepada rakan saya warga Malaysia dari keturunan Cina dan India, barulah saya dapat merasai sendiri bagaimana rasanya didiskriminasi walaupun kami adalah rakyat Malaysia, berbangsa Melayu , beragama Islam.

Friday, 1 August 2008

Betulkah Pelajar Lemah Bahasa Arab atau ..........

UNIVERSITI AL-AZHAR BATALKAN MOU SEBAB RAKYAT MALAYSIA
Dilulus terbit pada Friday, August 01 @ 14:36:28 MYT oleh reformis


Oleh sripetaling

"
Penulis taklah berapa tahu tentang University Al-Azhar sebab penulis bukanlah penuntut di sana, tapi satu berita yang terpampang di Malaysiakini baru sebentar tadi begitu meletakkan penulis dalam keadaan tak tahu nak memberikan komen...diharapkan rakan-rakan yang pernah menuntut di sana memberikan komen tentang berita ini atau mereka ada saudara, anak atau sebagainya :



Malaysiakini reported:

" Lemah Arab punca al-Azhar batal MoU
Aug 1, 08 12:15pm
kemaskini 2:06pm Timbalan perdana menteri mendedahkan bahawa pembatalan perjanjian kerjasama antara Universiti al-Azhar dengan kesemua 20 kolej Islam di Malaysia akibat pencapaian rendah pelajar Malaysia, terutamanya penguasaan bahasa Arab.

Pembatalan itu dibuat oleh majlis tertinggi al-Azhar yang dipengerusikan oleh al-Imam al-Akhbar sendiri, kata Datuk Seri Najib Razak selepas merasmikan majlis pelancaran program khusus pelajar Malaysia ke Universiti al-Azhar.

Dalam ucapannya sebelum itu, Najib berkata tuduhan yang dibuat selama ini bahawa pembatalan perjanjian itu dibuat oleh kerajaan Malaysia merupakan "tuduhan yang meleset".

"(Kerjasama) itu Universiti al-Azhar yang batalkan. Sebab ada tuduhan kita membatalkannya. Universiti al-Azhar batalkan (perjanjian)," katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, universiti tersohor dalam pengajian Islam itu telah "membuka ruang lain" supaya pelajar yang dihantar daripada kalangan pelajar-pelajar yang terbaik.

"Kita kena ambil langkah hantar pelajar yang terbaik. Universiti al-Azhar sudah bagi notis pada kita. Mereka tidak mahu (ambil) pelajar yang pencapaian mereka rendah," kata Najib.

Kelemahan penuntut Malaysia di luar negara itu, menurutnya, disebabkan sesetengah mereka menjadikan universiti itu sebagai "pilihan terakhir".

Mereka juga bukan daripada pelajar-pelajar pilihan, tambahnya.

Penuntut program khusus ini diperkenalkan kelas persediaan selama setahun sebelum menyambung pengajian empat tahun lagi di universiti, kata Najib.

Dalam majlis itu, Najib menyampaikan biasiswa sumbangan Amanah Raya Berhad seramai 20 pelajar pengambilan pertama program khusus ke universiti itu.

Mengulas penguasaan bahasa Inggeris kumpulan itu, Najib berkata, mereka yang terpilih mendapat keputusan baik dalam SPM antara 8A hingga 10A, termasuk pencapaian bahasa Inggeris dan Matematik.

Ditanya tentang dasar pengantar bahasa Inggeris untuk pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah yang sering dipertikaikan banyak pihak, Najib berkata, implikasi dasar itu sedang dikaji.

"Kementerian berkeanan (Kementerian Pelajaran) akan mencadangkan kepada kerajaan (tindakan) selanjutnya," katanya.

Menjawab soalan pemberita sama ada kerajaan akan menurunkan harga minyak mengikut situasi semasa ekonomi dunia, Najib berkata ia "bergantung kepada situasi pasaran".

Kerajaan, tambahnya, membincangkan perkembangan harga minyak global secara mingguan.

Mengulas pendirian PAS semalam menolak kerajaan campuran dengan Umno, sambil berseloroh Najib berkata:

"Macam-macam kenyataan (PAS) yang keluar, tak apalah dulu. Kalau hendak bincang, bincanglah dulu, tak usahlah buat macam-macam kenyataan. Bincanglah."
""

Tuesday, 15 July 2008

Majulah hendaknya pendidikan Islam di Malaysia

Bantu SAR: Kerjasama PAS-Umno di K'tan
Muda Mohd Noor | Jul 15, 08 4:42pm
Kementerian Pelajaran telah meluluskan peruntukan bantuan kewangan kepada sekolah agama rakyat (SAR) di Kelantan, kata Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, ia merupakan langkah permulaan ke arah mewujudkan kerjasama PAS-Umno.

Hishammuddin berkata, kerjasama antara kedua buah parti Melayu-Islam itu adalah penting demi kepentingan perpaduan Melayu dan agama Islam.

sehubungan itu, katanya, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan hadir sendiri untuk menerima bantuan tersebut tidak lama lagi.

Thursday, 3 July 2008

Kelantan setuju SABK

ARKIB : 29/06/2008
Kelantan setuju daftar sekolah agama rakyat
KOTA BHARU 28 Jun - Kementerian Pelajaran dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) mencapai persetujuan supaya semua sekolah agama rakyat (SAR) di negeri ini dijadikan sebagai sekolah agama bantuan kerajaan yang dikendalikan oleh kementerian tersebut.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bagi peringkat awal Sekolah Rendah Agama Tengku Amalin Aisyah Puteri dan Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin Aisyah Puteri didaftarkan sebagai sekolah agama bantuan kerajaan serta menerima peruntukan sebanyak RM6 juta.

Beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai tujuan politik untuk meminta semua sekolah terbabit didaftarkan tetapi ia bagi memberi kemudahan kepada pelajar serta guru sekolah berkenaan.

"Saya sebenarnya berterima kasih kepada kerajaan Pas Kelantan dan YIK kerana duduk berbincang secara realistik untuk kebaikan semua pihak.

"Kita pula mahu mendaftar bukan untuk mempolitikkan isu ini, tujuan kita bukan mahu merampas tanah-tanah sekolah agama rakyat, apa yang penting SAR memerlukan pembelaan disebabkan keadaan mereka yang daif," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Wacana Pendidikan Pelan Pembangunan Induk Pelajaran (PIPP) 2006 - 2010 di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, perbincangan mengenai pendaftaran SAR masih dijalankan dan sekarang berada pada peringkat terakhir.

"Bagaimanapun tidak wajar untuk saya buat pengumuman, biarlah pihak kerajaan negeri bersama wakil kami buat pengumuman secara bersama," katanya.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM250 juta daripada RM3 bilion peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk tahun ini kepada Kelantan.

Katanya, daripada jumlah tersebut sebanyak RM64 juta disalurkan kepada rakyat Kelantan menerusi tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM); RM35 juta (Skim Bantuan Tuisyen); RM4.8 juta (Rancangan Makanan Tambahan) dan RM4.8 juta untuk Program Susu Sekolah (PSS).

"Selebihnya akan disalurkan melalui biasiswa kecil persekutuan, biasiswa kelas persediaan universiti dan asrama harian.

"Selain itu, kita akan memastikan semua projek di bawah RMK-9 di negeri ini dijalankan mengikut jadual walaupun kerajaan menghadapi masalah ekonomi ekoran kenaikan harga minyak dunia," katanya.

Kelantan dah daftar SABK

ARKIB : 29/06/2008


-->
Kelantan setuju daftar sekolah agama rakyat
KOTA BHARU 28 Jun - Kementerian Pelajaran dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) mencapai persetujuan supaya semua sekolah agama rakyat (SAR) di negeri ini dijadikan sebagai sekolah agama bantuan kerajaan yang dikendalikan oleh kementerian tersebut.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bagi peringkat awal Sekolah Rendah Agama Tengku Amalin Aisyah Puteri dan Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin Aisyah Puteri didaftarkan sebagai sekolah agama bantuan kerajaan serta menerima peruntukan sebanyak RM6 juta.
Beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai tujuan politik untuk meminta semua sekolah terbabit didaftarkan tetapi ia bagi memberi kemudahan kepada pelajar serta guru sekolah berkenaan.
"Saya sebenarnya berterima kasih kepada kerajaan Pas Kelantan dan YIK kerana duduk berbincang secara realistik untuk kebaikan semua pihak.
"Kita pula mahu mendaftar bukan untuk mempolitikkan isu ini, tujuan kita bukan mahu merampas tanah-tanah sekolah agama rakyat, apa yang penting SAR memerlukan pembelaan disebabkan keadaan mereka yang daif," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Wacana Pendidikan Pelan Pembangunan Induk Pelajaran (PIPP) 2006 - 2010 di sini hari ini.
Hishammuddin berkata, perbincangan mengenai pendaftaran SAR masih dijalankan dan sekarang berada pada peringkat terakhir.
"Bagaimanapun tidak wajar untuk saya buat pengumuman, biarlah pihak kerajaan negeri bersama wakil kami buat pengumuman secara bersama," katanya.
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM250 juta daripada RM3 bilion peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk tahun ini kepada Kelantan.
Katanya, daripada jumlah tersebut sebanyak RM64 juta disalurkan kepada rakyat Kelantan menerusi tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM); RM35 juta (Skim Bantuan Tuisyen); RM4.8 juta (Rancangan Makanan Tambahan) dan RM4.8 juta untuk Program Susu Sekolah (PSS).
"Selebihnya akan disalurkan melalui biasiswa kecil persekutuan, biasiswa kelas persediaan universiti dan asrama harian.
"Selain itu, kita akan memastikan semua projek di bawah RMK-9 di negeri ini dijalankan mengikut jadual walaupun kerajaan menghadapi masalah ekonomi ekoran kenaikan harga minyak dunia," katanya.

Sunday, 22 June 2008

Perkasakan sistem Pondok

Institusi Pengajian Pondok Perlu DiperkasakanDilulus terbit pada Monday, June 23 @ 13:09:43 MYT oleh reformis Oleh mag"Institusi pondok menjadi kubu bagi mempertahankan Islam sehingga ramai guru pondok dan ulama bangkit menentang penjajah, antaranya Hj Abg Rahman Limbong, Tok Janggut, Tok Kenali, Tokku Paloh, dtok Maharajela, Tok Sagor Mat Kilau dan lain-lain.Institusi pondok yang ada sekarang jauh berkurangan berbanding zaman kegemilangannya.Dalam era kemasyuhurannya pelajar-pelajar datang dari seluruh Nusantara termasuk Kemboja, Sumatera, Patani, Singapura dan Brunei ke Tanah Melayu.
Setiap institusi pondok perlu mengadakan usrah di kalangan tenaga pengajar bagi mencetus idea baru ke arah memperkasakan lagi institusi tersebut.Selain itu muzakarah di kalangan guru-guru pondok seluruh negara dan nusantara juga penting diadakan bagi memastikan institusi pondok terus unggul melewati zaman. Pondok juga perlu menyediakan peluang pelajar-pelajar insitusi pengajian tinggi belajar secara pakej pada musim cuti semester dengan mengadakan MOU dengan institusi2 tersebut. Juga boleh diadakan program-program pertukaran pelajar angkat dengan IPT di negara ini secara berkala. Ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kedua-dua sistem pembelajaran kepada pelajar IPT dan pondok. Pelbagai program antaranya ekspo, pameran, forum, ceramah dan seminar perlu sentiasa diadakan supaya ia dipopularkan bagi mendapatkan sambutan yang menggalakkan.Selain itu para pelajar pondok juga perlu didedahakn dengan dunia ICT supaya mereka tidak ketinggalan dengan arus pengetahuan yang semakin maju. Pondok juga perlu mempunyai laman web dan blog untuk tujuan penyebaran ilmu dan berhubung dengan masyarakat awam di luar.Juga dicadangkan supaya kerajaan Barisan Rakyat mencari dana bagi memperkasakan institusi ini suapay ia sentiasa maju dan terus menyumbang kepada pembangunan malaysia secara menyeluruh yang meliputi aspek mental dan fizikal.Kesimpulannya, jasa dan pengorbanan institusi pengajian pondok , guru-gurunya, pelajar-pelajarnya dan masyarakat yang sama-sama membangunkannya tetap besar dalam pembangunan mental dan fizikal negara sehingga kini."

Saturday, 14 June 2008

Untuk Perhatian pelajar SMAR semua


sekat belajar agama!Dilulus terbit pada Saturday, June 14 @ 11:54:48 MYT oleh reformis Oleh nurni"Sejak dahulu lagi, pelajar Malaysia dibenarkan menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar tanpa sebarang biasiswa ataupun pinjaman dari pihak kerajaan. Mereka hanya mendapat zakat yang diberikan atas ihsan majlis agama negeri masing-masing ataupun daripada individu tertentu dan yang pastinya perbelanjaan dari ibu ayah sepenuhnya.
Kronologi penyekatan hak pengajian agama di Universiti Al-Azhar

Bagi pelajar yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar lepasan pengajian Pondok agama dan pelajar daripada mana-mana kolej yang membuat perjanjian MOU dan Muadalah, layak untuk menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Namun bermula tahun 2001, Sijil Tinggi Agama Malaysia mula diperkenalkan dan menjadi syarat wajib bagi mereka yang ingin menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Ini menyebabkan mereka yang mengambil Sijil Tinggi Agama (STA) atau Sijil Tinggi Ugama (STU) tidak layak mendapat tempat di Universiti Al-Azhar. Seterusnya pada sessi kemasukan 2005/2006, sistem peperiksaan tahdid mustawa mula diperkenalkan bagi pelajar muadalah bagi menentukan mereka berada di tahun empat atau tahun 2, sedangkan sebelum ini mana-mana pelajar muadalah akan terus berada di tahun 4. Pada tahun yang sama juga pelajar dari pengajian Pondok tidak dibenarkan datang secara terus ke sini diatas alasan tiada SPM, STAM ataupun Diploma dari mana-mana kolej yang diiktiraf oleh LAN. Dan akhirnya pada tahun 2008, satu sejarah telah terlakar apabila, perjanjian MOU dan Muadalah dibatalkan. Dan kedengaran ura-ura yang terbaru bahawa pelajar STAM yang mendapat keputusan mumtaz dan jayyid jiddan sahaja yang layak menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Semakin sempit peluang pelajar Malaysia yang berkeinginan untuk menimba ilmu agama di gedung para ulamak yang tersohor didunia ini…adakah ia angkara tangan-tangan ghaib, hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Penjelasan terhadap tohmahan yang sering dilemparkan kepada pelajar agama di Universiti Al-Azhar

- Graduan pelajar Al-Azhar kurang berkualiti kerana kurang berilmu dan tidak fasih bercakap dalam bahasa arab-
Realitinya mungkin ada namun adakah kesemuanya? Mungkin wujud seorang dua yang lemah dan kenapa perlunya dinisbahkan dengan beribu lagi graduan yang berjaya. Bukti bahawa graduan Al-Azhar berilmu dan juga mampu dalam berbahasa arab adalah bukan semudah yang disangka untuk meraih graduan di Universiti Al-Azhar ini. Pelajar Malaysia disini tidak pernah diberi kelebihan untuk mereka lulus peperiksaan dengan mudah kerana silibus dan layanan tetap sama dengan pelajar Mesir sendiri. Mereka mampu untuk menjawab peperiksaan didalam bahasa arab dikira sebagai mampu untuk menguasai bahasa arab. Lagipun tidak semua pelajar yang datang kesini mengambil pengkhususan dalam fakulti bahasa arab kerana wujudnya fakulti-fakulti lain seperti syariah, usuludin dan dakwah. Maka apabila mereka mampu untuk menghabiskan pengajian di Universiti Al-Azhar menandakan mereka memang layak dari segi ilmu yang dimiliki serta mampu untuk berbahasa arab.

- Graduan lepasan Al-Azhar tidak mampu untuk mengajar matapelajaran bahasa arab-.
Saya ingin membawa satu analogi yang mungkin akan membuat kita merenung kembali serta tidak berat sebelah dalam menghukum, adakah mereka yang belajar matapelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris adalah orang yang mampu menguasai bahasa inggeris? Jawapannya pasti tidak,kerana ia adalah bahasa yang untuk memahami matapelajaran tersebut dan bukanlah satu pengkhususan dalam matapelajaran bahasa inggeris. Begitu jualah kondisi pelajar Malaysia yang belajar di Al-Azhar kerana tidak semua pelajar yang datang kesini mengambil pengkhususan dalam fakulti bahasa arab kerana wujudnya fakulti-fakulti lain seperti syariah, usuludin dan dakwah namun kenapa hukuman yang sering dilemparkan tidak adil.

Graduan lepasan Al-Azhar tidak mampu membuat kerja
Apakah bentuk kerja yang diberikan? Adakah ia berada didalam ruang lingkup pengajiannya. Diakui mungkin kelemahan itu terjadi namun ia adalah suatu yang tidak adil sekiranya menilai sesuatu kerja tnpa diberi tunjuk ajar. Mana-mana bidang pun, perlu melalui proses latihan ataupun amali dalam perlaksanaanya. Analogi yang hendak dibawa adalah seorang guru mendapat latihan di maktab perguruan, seorang jururawat juga mendapat latihan di kolej kejururawatan hatta seorang D.O sekalipun mendapat latihan di INTAN. Namun kenapa hukuman berat sebelah ini yang disebarkan.


Adakah kesemua kenyataan diatas ini pernah dibuat kajian? Sebenarnya ia bukanlah satu keputusan dari sebuah kajian namun adalah satu kenyataan dari mulut ke mulut. Kadang-kadang apabila satu benda yang bukan kenyataan tapi sering diucapkan akan menyebabkan pemikiran kita juga berfikiran seperti ucapan tadi. Perkara yang jarang-jarang berlaku tidak boleh dijadikan hujah. Salahkan kami yang berkeinginan untuk menimba ilmu agama di gedung para ulamak yang tersohor didunia ini…adakah hanya kami pelajar agama yang dipandang sebagai bukan bidang professional, maka layak untuk diadili secara kejam. Izinkan kami belajar ilmu Allah Taala…
penjelasan isu pembatalan MOU dan muadalah dengan Al-Azhar, silalah melawat http://hewipmram55.blogspot.com

Wednesday, 28 May 2008

HANTARAN FIKIRKANLAH

Biasalah, musim-musim cuti sekolah ni... majlis walimah mana-mana pun ada. Semua berlumba-lumba nak buat majlis nikah-kahwin. Majlis tunang-tunang pun tak ketinggalan, ada yang buat jugak. Semua perancangan disusun rapi.Sampai masanya, sapa yang tak nak kahwin kan...Pantun yang disusun turut dialun, saling berbalas wakil kedua belah pihak. Dulang pula berbalas dulang, sirih pinang pun turut bertukar tangan. Tiba masanya, hantaran juga turut diatur dan dirunding.Mahar dan hantaran tidak boleh disamakan. Mahar lain hal, hantaran pula lain pakage. Biasanya, hantaran dikeluarkan dan disediakan oleh si lelaki yang berhajat mengahwini wanita. Hantaran diatur dan ditetapkan dari pihak pengantin wanita.Hantaran ni macam harga dagangan lah pulak. Kalau si perempuan tu cantik, berpelajaran tinggi, kaya, maka... mahal lah hantarannya. Ini lumrah kebiasaannya lah bagi masyarakat “Melayu”. Antara hantaran yang biasa diguna-pakai adalah set pengantin siap serba satu, ini termasuklahlah bilik pengantin, set tilam pengantin, set hand phone, baju, kain, naskhah al-Qur’an, dan pelbagai lagi boleh saja dijadikan barang hantaran.Malah, ada tu kereta besar dan rumah besar pun boleh menjadi syarat sah-nya hantaran. Kalau tak disiapkan dengan keperluan yang diaturkan, maka bertangguhlah hajat si pengantin. Silap-silap boleh tak jadi perkahwinan tu. Maklumlah, mahal tu... Mana mahu korek kawan...Em, yang paling biasa dijadikan hantaran, adalah duit lah. Money... money... kalau kita lihat majlis-majlis kahwin artis-artis tu, fuuhh! Ribu-ribu, berbelas-belas ribu, atau mungkin berpuluh-puluh ribu si lelaki mesti bayar kepada wanita atau keluarga si wanita tu. Malah bukan berpuluh ribu, ratus ribu pun ada.Tapi, yang cukup sedihnya... banyak jugak yang fail. Membazir je kahwin mahal-mahal ni. Ia bukanlah syarat jaminan kebahagian sesuatu rumah tangga. Kalau ikut Islam, bukan itu tujuan perkahwinan. Bukan untuk berjual beli dan tawar-menawar. Bukan juga untuk menunjuk-nunjuk sapa grand. Silap-silap tertunjuk lah pulak sapa lingkup dulu. Tak ke sedih macam tu. Adalah lebih baik duit tu buat belanja keperluan yang betul. Belanja harian keluarga yang baru dibina dengan penuh hikmah. Itu lebih menjamin kebahagian sebenarnya.Malah, dalam sibuk-sibuk bertukar-tukar hantaran dan mengumpul-ngumpul duit hantaran ni. Tahu tak kita, bahawa bab-bab hantaran ni karut marut sebenarnya. Entah datang dari mana agaknya. Kalau ikut Islam, yang ada Cuma mahar je. Bukan hantaran. Lepas tu, hantaran mengalahkan mahar lagi tu.Kasihan kaum lelaki. Susahnya nak kahwin. Padahal dah sama-sama suka. Tapi, masalah duit pulak. Bukan masalah takde duit untuk menampung hidup. Tapi, kena berduit yang lebih untuk nak runtuhkan tembok pemisah tu. Kalau tak, menganga saja lah. Tengok saja dari balik tembok.Zaman sekarang agaknya zaman berdagang anak perempuan. Sapa-sapa nak menikahkan anak perempuan, masa tu lah masa kegembiraan. Kerana anak perempuan bakal membawa pulangan lumayan. Mungkinkah begitu yang difikirkan? Fikirlah sendiri...Baiklah, sapa yang nak mengada-ngada ikut yang bukan cara Islam tu, tak dapat nak buat apa lah. Yang diketahui, dalam Islam yang ada cuma mahar je. Telah dijelaskan mahar yang dipersetujui, akad nikah berjalan lancar, pasangan suka sama suka, wali pun dah setuju, semuanya ditanggung beres.“Permudahkan, jangan dipersulitkan”Kalau ikut zaman Rasulullah dulu, punyalah senang nak kahwin. Yang penting agama mesti mahu baik. Perempuan solehah boleh tunggu je... insyaALLAH, ada lah yang akan merisiknya dari kalangan laki-laki yang soleh. Perempuan nak risik lelaki pun tiada masalah, bila kena syaratnya. Malah, maharnya murah dan mudah sahaja. Ini adalah bertepatan sebagaimana pesanan Rasulullah shallallhu ‘alaihi wa sallam sendiri,“Di antara kebaikan wanita adalah memudahkan maharnya dan memudahkan rahimnya.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 23957. Dihasankan oleh Sheikh al-Albani di dalam Shahiih al-Jami’, 2/251)“Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah” (Hadis Riwayat Abu Daud, Kitab an-Nikah, no. 2117. Disahihkan oleh Sheikh al-Albani di dalam al-Irwaa’, 5/345)Atas saranan dan pantauan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, pada masanya, pernikahan berjalan dengan mudah dan tidak disulitkan dengan kepelbagaian adat dan metod yang bukan-bukan. Seperti hantaran beribu-ribu, akad nikah mesti bersalam dengan bergoncang tangan, sesi fotografi yang memakan ratusan ringgit, aurat disingkapkan di depan khalayak awam, pelamin pulak mesti disiapkan, majlis persandingan mesti dilangsungkan, menepung tawar mesti direnjiskan, dan pelbagai lagi tambahan-tambahan yang karut marut yang langsung tidak tsabit (sahih) dari agama Islam yang tulen.Apa sebenarnya yang dikejar? Kemewahan? Grand? Sikap menunjuk-nunjuk? Mahu berjual beli? Atau mahu merosakkan agama dan menggantikannya dengan adat? Apakah tidak cukup mudah dan cantik apa yang disunnahkan oleh Nabi kita shallallahu ‘alaihi wa sallam?Sedangkan Nabi pernah menikahkan para sahabat-sahabatnya hanya dengan mahar sebiji emas, hafalan surah al-Qur’an tertentu, baju besi, cincin besi, beberapa dirham mata wang, beberapa genggam kurma, dan seumpamanya. Mengapakah kita tidak puas dengan apa yang dicadangkan dan dipermudahkan oleh Rasulullah untuk syi’ar pernikahan dan perkahwinan kita zaman ini? Carilah berkah dan petunjuk dari apa yang dicontohkan oleh Rasulullah.“Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika benar engkau mencintai Allah, maka ikutlah aku”.” (Surah Ali Imran, 3: 31)“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi mereka yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Surah al-Ahzaab, 33: 21)Jadi siapakah yang kita jadikan ikutan sekarang? Hawa nafsu? Adat? Atau siapa?Jawablah sendiri...Sebelum mengakhiri artikel ringkas ini, mari kita lihat apa itu mahar sebenarnya.Syari’at yang gemilang lagi sesuai sepanjang zaman ini adalah bertujuan memelihara hak-hak wanita. Mahar adalah apa yang diberikan kepada isteri berupa harta, atau selainnya menurut persetujuan dengan sebab pernikahan atau dinikahi.Mahar wajib dikeluarkan oleh seorang lelaki yang ingin menikahi seorang wanita,Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Dosa yang paling besar di sisi Allah ialah orang yang menikahi wanita lalu ketika telah menyelesaikan hajatnya darinya, maka dia menceraikannya dan pergi dengan membawa maharnya...” (Hadis Riwayat al-Hakim, 2/182. Dihasankan oleh Sheikh al-Albani di dalam as-Silsilah ash-Shahihah, no. 999)Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,“Berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan.” (Surah an-Nisaa’, 4: 4)“Maka berilah mereka maharnya (dengan sempurna) sebagai suatu kewajiban.” (Surah an-Nisaa’, 4: 24))“Kerana itu, kahwinilah mereka dengan keizinan tuan mereka dan berilah maskahwin mereka dengan patut.” (Surah an-Nisaa’, 4: 25)Mahar adalah pemberian yang dilindungi yang diwajibkan Allah untuk diberikan kepada wanita; bukan sebagai imbalan sesuatu yang wajib dia berikan, kecuali memenuhi hak-hak suami isteri, sebagaimana halnya dia tidak dapat digugurkan (walaupun wanita itu rela) kecuali setelah akad. (Audatul Hijaab, 2/298)Maka,“Permudahkanlah, jangan dipersulitkan, jangan dipersusah-susahkan...” dengan hal yang bukan-bukan dan yang pelik-pelik yang tiada contoh dan saranannya dari Rasul ikutan kita jika benar kita mencintai dan mengharapkan keredhaan Allah yang sebenar.Menurut Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Adakanlah walimah, walau pun hanya dengan seekor kambing.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Nikah, no. 5155)Wallahu a’lam.Kepada sahabat-sahabat yang berminat untuk mengetahui Persoalan Nikah, perkahwinan, dan majlis walimah yang berorientasikan Islam dan bertepatan dengan sunnah-sunnah Rasulullah, saya cadangkan anda membaca tiga-tiga buah buku ini:1 – Panduan Menikah Ala Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, Tulisan Sheikh Amru Abdul Mun’im Salim, Terbitan Pustakan an-Naba’. (Tajuk setelah cetakan baru: “Panduan Menikah Menuju Keluarga Sakinah”)2 – Panduan Menikah Dari A hingga Z, Tulisan Abu Hafsh Usamah bin Kamal ‘Abdir Razaq, Terbitan Pustaka Ibnu Katsir.3 – Adab az-Zifaf (Panduan Nikah), Tulisan Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Terbitan Media Hidayah."