Thursday, 27 September 2012

(57)Salam Pagi Jumaat Untuk Muslimin dan Muslimat

بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Dari Uqbah bin Amir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : Jangan mempergunakan keturunan untuk , mengumpat atau mencela seseorang. Semua kamu adalah keturunan Adam. Kamu adalah seperti sebuah sukatan gantang yang tidak pernah mencukupi dimana ada sahaja kekurangannya. Begitulah dengan kamu yang sentiasa ada kekurangan dan tidak ada ketinggian diantara satu sama lain kecuali dengan agama atau amal kebaikan sahaja. Manusia akan menjadi buruk dengan berbuat kejahatan, mengeluarkan kata-kata kesat, bakhil dan pengecut.(HR Abu Daud)



Dari Muaz bin Jabal R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: Barangsiapa memalukan saudaranya yang muslim dengan sesuatu dosa yang dia telah bertaubat dengannya, Allah tidak akan mematikannya sehinggalah dia sendiri terjerumus kedalam dosa tersebut. (HR Tirmizi)

Dari Abu Said Al-Khudri R.A. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah S.A.W. bersabda: Ramai diantara orang yang berada ditempat tidur yang empuk sibuk berzikir kepada Allah dengan berkat zikirnya dimasukkan kedalam syurga yang tinggi darjatnya. (HR Abu Ya’la, Majma az Zawaaid)

Sungguh indah pintu dipahat,

Burung puyuh di atas dahan,

Kalau hidup hendak selamat,

Taat selalu perintah Tuhan.



Ketua sempurna negara terjamin,

Berubah suasana menjadi aman,

Tidak kira muslim dan mukmin,

Setiap masa perbaharuilah iman,







p/s: Syurga merindui empat jenis mu’min.1) Orang yang berpuasa dibulan Ramadhan dengan baik. 2)Orang yang selalu membaca Al-Quran. 3) Orang yang selalu memberi makan (menjamu makan) kepada orang. 4) Orang yang sentiasa dalam zikirulLah.



(57)Salam Pagi Jumaat Untuk Muslimin dan Muslimat

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.   
Dari Uqbah bin Amir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : Jangan mempergunakan keturunan untuk , mengumpat atau mencela seseorang. Semua kamu adalah keturunan Adam. Kamu adalah seperti sebuah sukatan gantang yang tidak pernah mencukupi dimana ada sahaja kekurangannya. Begitulah dengan kamu yang sentiasa  ada kekurangan dan tidak ada ketinggian diantara satu sama lain kecuali dengan agama atau amal kebaikan sahaja. Manusia akan menjadi buruk dengan berbuat kejahatan, mengeluarkan kata-kata kesat, bakhil dan pengecut.(HR Abu Daud)

Dari Muaz bin Jabal R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: Barangsiapa memalukan saudaranya yang muslim dengan sesuatu dosa yang  dia telah bertaubat dengannya, Allah tidak akan mematikannya sehinggalah dia sendiri terjerumus kedalam dosa tersebut. (HR Tirmizi)
Dari Abu Said Al-Khudri R.A. meriwayatkan bahawa  baginda Rasulullah S.A.W.  bersabda: Ramai diantara orang yang berada ditempat tidur yang empuk  sibuk berzikir kepada Allah dengan berkat zikirnya dimasukkan kedalam syurga yang tinggi darjatnya. (HR Abu Ya’la, Majma az Zawaaid)
Sungguh indah pintu dipahat,
Burung puyuh di atas dahan,
Kalau hidup hendak selamat,
Taat selalu perintah Tuhan.

Ketua sempurna negara terjamin,
Berubah suasana menjadi aman,
Tidak kira muslim dan mukmin,
Setiap masa perbaharuilah  iman,



p/s:  Syurga merindui empat jenis mu’min.1) Orang yang berpuasa dibulan Ramadhan dengan baik. 2)Orang yang selalu membaca Al-Quran. 3) Orang yang selalu memberi makan (menjamu makan) kepada orang. 4) Orang yang sentiasa dalam zikirulLah.

(58)Salam Pagi Jumaat Untuk Muslimin dan Muslimat 12 Zulkaedah 1433 = 28 Sept 2012

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.      

Dari Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah S.A.W. bersabda : Apabila harta ghanimah dianggap sebagai hartanya sendiri, dan amanah yang diberikan dianggap sebagai miliknya, yang sepatutnya disampaikan kepada yang berhak dipakai umpama haknya sendiri. Zakat dianggap sebagai wang tebusan yang sepatutnya dikeluarkan dengan perasaan gembira tetapi dikeluarkan dengan dukacita. Ilmu dipelajari bukan untuk agama tetapi untuk kepentingan dunia. Suami  mentaati isteri dan tidak mentaati ibunya. Kawan dirapatinya tetapi bapa dijauhinya. Masjid-masjid dijadika tempat bising secara terbuka. Pemimpin masyarakat terdiri dari orang fasik. Kumpulan yang paling hina menjadi pemimpin. Orang akan dimuliakan kerana takut dan kerana menghindari dari kejahatannya. Zahirnya penyanyi-penyanyi wanita dan muzik lebih digemari. Minuman-minuman arak menjadi kebiasaan. Umat (generasi) yang kemudian mencaci dan memburuk-burukkan ummat terdahulu. (Ingatlah!) ketika itu akan berlaku angin merah, gempa bumi, bumi akan tenggelam, kecacatan pada wajah-wajah manusia akan berlaku, dan daripada  langit turunnya hujan batu.  Dan berbagai penyakit akan terus datang satu persatu seumpama manik-manik yang terputus benangnya jatuh satu-persatu  dengan laju. (H.R Tirmizi)
Dari Wasilah bin Asyqa’ R.A.  meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : Jangan kamu bergembira atas kemalangan saudaramu, kerana Allah boleh menunjukkan rahmatNya keatasnya dengan melepaskan dari kemalangan dan menimpakan kemalangan itu kepada salah seorang dari kamu (HR Tirmizi)
Buah nangka tidak bergetah
     Sudah bergetah belum dibelah
Wajib beramal mengikut perintah
     Amalan diserta rahmat Allah   

 Hari redup udara pun nyaman
     Duduk berehat di taman kekwa
Quran dibaca jadi pedoman
     Pelita dunia menuju takwa                         

p/s:  Bacalah sejarah kerana didalamnya terdapa banyak pelajaran, sebab banyak kaum yang telah menjadi sesat kerana ketidaktahuan.

Tuesday, 25 September 2012

Tambahan: Sedikit mengenai Korban dan Aqiqah. Aqiqah ini disunatkan dengan kambing bagi setiap anak, Lebih baik lagi (jika mampu), jika anak lelaki hendaklah disembelih 2 ekor kambing sebagaimana A’isyah ra katanya : • أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أمرهم عن الغلام شاتان مكافئتان وعن الجارية شاة • “Sesungguhnya Rasulullah saw mengarahkan mereka menyembelih 2 kambing yang serupa bagi anak lelaki dan 1 bagi anak perempuan” -[Hadith riwayat al-Tirmudzi; beliau mengatakan Hasan Sahih; Ibn Majah -3163, Sahih al-Tirmudzi -1221]. Ulama’ Mazhab membenarkan aqiqah menggunakan lembu sebagaimana hadith yang diiwayatkan oleh Anas ra. bahawa Nabi bersabda :- • من ولد له غلام، فليعق عنه من الإبل والبقر والغنم • “Barangsiapa yang melahirkan anak lelaki, maka beraqiqahlah dengannya Unta, Lembu atau Kambing” – [hadith riwayat al-Tabarani]. Menurut Ensaiklopedia Fiqh Kuwait, Mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali bersetuju bahawa binatang yang ingin diaqiqahkan diperbolehkan sebagaimana binatang korban seperti Unta, Lembu dan Kambing, dipersetuji oleh 2 pandangan Malik. Selainnya mengatakan bahawa hanya boleh beraqiqah menggunakan kambing. Mereka berbeza pendapat mengenai berapa bahagiannya :- a. Mazhab Syafie :- membahagikan aqiqah sebagaimana melakukan korban; iaitu 1 kambing atau 1/7 Unta atau 1/7 Lembu. b. Mazhab Maliki dan Hanbali :- satu lembu seluruhnya, atau satu Unta seluruhnya. Berbalik kepada persoalan diatas, berdasarkan hadith Nabi : كل غلام رهينة بعقيقته maksudnya – “Setiap anak lelaki di gadaikan dengan aqiqahnya”, eloklah dilaku setiap bahagian lembu tersebut (1/7) kepada setiap anak-anaknya. Ada riwayat yang menyebut bahawa Nabi melakukan aqiqah kepada setiap seorang cucunya, Hasan ra. dan Husein ra..[Hadith Riwayat Abu Daud -2841, al-Nasaa'i -4219]. Rujukan: • Dr Mustafa al-Khin [et. al]. al-Fiqhu al-Manhaji – 1. cetakan ke 4. Damsyik : Daar al-Qalam, 2000.ms 490. • Fatwa Markas Dr Abdullah al-Faqih. . 14 Tanda Umur Panjang. Termasuk Anda? Posted by Ibnu Hasyim Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Pokok Tertua: Banyan tree (or is it silk-cotton tree?) in the ruins of Ta Prohm, Ankor, Cambodia SETIAP orang selalu berharap dapat memiliki umur panjang yang sihat. Apakah anda memiliki tanda-tanda umur panjang? Lihat 14 tanda berikut menunjukkan seseorang berusia panjang. Seperti dikutip dari Prevention, ada banyak cara dilakukan orang agar memiliki tubuh sihat sehingga meningkatkan kesempatan berusia panjang. 1. Faktor Kelahiran Jika semasa dilahirkan, ibunya itu berusia di bawah 25 tahun, maka orang tersebut memiliki kesempatan 2 kali lebih besar berusia panjang dibandingkan dengan orang yang dilahirkan semasa ibunya sudah tua. Menurut ilmuwan dari University of Chicago, sel telur yang dimiliki oleh ibu muda adalah yang terbaik sehingga menghasilkan keturunan yang sehat. 2. Anda seorang pecinta teh Baik teh hijau mahupun teh hitam mengandung konsentrasi katekin (zat kimia yang membantu membuat pembuluh darah rileks dan melindungi jantung) yang cukup. Tapi pastikan untuk mengonsumsi teh segar, kerana daun teh yang ditambahkan air akan menurunkan katekin beberapa hari kemudian. Sebaiknya hanya menambahkan lemon atau madu pada teh dan bukan susu, karena susu dapat menghilangkan efek protektif tersebut. 3. Lebih memilih untuk berjalan kaki Sebuah studi menunjukan orang yang berjalan 30 minit sehari dapat meningkatkan 4 kali kesempatan untuk hidup lebih lama dibandingkan orang yang jarang berjalan, tidak peduli berapa banyak lemak ditubuhnya. Jadi berjalan kaki semasa makan tengahari, berkeliling padang atau bergerak setiap hari boleh memiliki manfaat lebih. 4. Menghindari soda dan versi diet Ilmuwan di Boston mengungkapkan konsumsi satu atau lebih minuman soda setiap hari boleh... • meningkatkan dua kali lipat risiko sindrom metabolik, • termasuk tekanan darah tinggi, • peningkatan insulin, • kelebihan lemak di sekitar pinggang • serta meningkatkan risiko jantung dan diabetes. 5. Memiliki kaki yang kuat Bahagian bawah tubuh yang kuat diertikan memiliki keseimbangan yang baik, fleksibiliti dan daya tahan. Sehingga mengurangi risiko patah tulang pinggul dan cedera lainnya yang dapat menurunkan kesihatan. Robert Butler, MD, dari International Longevity Center, USA menuturkan otot paha yang lemah boleh menjadi salah satu penyebab kelemahan di usia tua. 6. Mengonsumsi makanan berwarna ungu Makanan ini mengandung senyawa polifenol yang dapat mengurangi risiko jantung dan Alzheimer. Polifenol ini membantu menjaga pembuluh darah dan arteri tetap fleksibel dan sihat. Sebuah penelitian terbaru menunjukkan konsumsi 1 cangkir bluberry setiap hari dapat meningkatkan komunikasi antara sel-sel otak. 7. Memiliki berat badan remaja yang sehat Sebuah studi dalam Journal of Pediatrics menunjukkan kelebihan berat badan di usia 14 tahun dapat meningkatkan risiko diabetes di usia dewasa, hal ini tentu saja meningkatkan risiko komplikasi dari diabetes seperti penyakit jantung. 8. Tidak suka burger Mengonsumsi daging lembu atau kambing memang bukan masalah besar, tapi jika konsumsi lebih dari 500 gram daging merah per minggu, berisiko besar terkena kanker usus besar. Selain itu konsumsi daging merah yang dipanggang, dibakar atau dimasak pada suhu tinggi dapat meningkatkan kandungan senyawa karsinogen. 9. Memiliki tingkat pendidikan tinggi Sebuah studi dari Harvard Medical School menemukan bahawa orang yang lebih dari 12 tahun menikmati pendidikan formal dapat hidup 18 bulan lebih lama, dibandingkan dengan orang lebih sedikit bersekolah. Hal ini diperkirakan orang berpendidikan lebih tinggi cenderung sedikit mengonsumsi rokok. 10. Sangat menikmati memiliki teman Hubungan interpersonal yang baik dapat bertindak sebagai pencegah terhadap stres. Memiliki orang-orang yang menyokong, dapat membuat seseorang tetap sihat baik secara mental mahupun fizikal. Kerana stres kronik dapat melemahkan sistem kekebalan tubuh dan usia sel lebih pendek, sehingga memperpendek usia 4-8 tahun. 11. Memiliki teman-teman sehat Studi dari New England of Journal of Medicine menunjukkan jika teman dekat memiliki berat badan berlebih, hal ini meningkatkan kesempatan sebesar 57 persen pada seseorang untuk berada di keadaan yang sama. Kerana itu penting untuk bergaul dengan orang-orang yang memiliki tujuan hidup sama dalam hal kesihatan. 12. Tidak takut tantangan baru Orang yang disiplin terhadap diri sendiri serta dapat berorganisasi dengan baik, memiliki risiko lebih rendah terkena Alzheimer dibandingkan orang kurang hati-hati. Hal ini disebabkan orang yang memiliki fokus perhatian akan menggunakan kekuatan otaknya. Kerana itu cubalah untuk merangsang otak dengan melakukan hal-hal baru, serta mengulangi hal-hal yang sudah dipelajarinya. 13. Tidak memiliki pembantu di rumah Jika seseorang melakukan pekerjaan rumah seperti menyedut debu, mengepel dan mencuci, maka rata-rata orang sudah membakar sekitar 285 kalori. Hal ini akan menurunkan risiko kematian sebesar 30 persen. 14. Seseorang yang berkembang Seseorang yang berkembang cenderung memiliki pandangan yang positif tentang kehidupan, memiliki tujuan dan rasa sosial. Hal ini membuatnya memiliki makna dalam hidupnya. Orang-orang yang memiliki usia panjang cenderung memandang kerja keras adalah penting, tetapi tetap menghabiskan waktu lebih banyak untuk keluarga, meningkatkan spiritualiti dan melakukan hal bersama orang lain. Begitulah kira-kira. Kesimpulan: Tetapi perlu diingat.. Kematian manusia memang rahsia Allah. Datang tanpa boleh ditolak sesaatpun oleh siapapun dan oleh apapun. Ini adalah perkara yang wajib diimani sepenuhnya oleh seorang Muslim. Firman Allah: • "Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya.”(QS. Al-A’raf: 34). Doa pun memang tidak menolak kematian kerana hal itu sudah menjadi ketetapan Allah semenjak kita berada dalam rahim ibu. Nabi saw. bersabda: • “Sesungguhnya salah seorang di antara kamu dikumpulkan penciptaannya di dalam rahim ibunya selama 40 hari, kemudian menjadi ‘alaqah kemudian menjadi janin, lalu Allah mengutus malaikat dan diperintahkannya dengan empat kata dan dikatakan padanya: ‘Tulislah amalnya, rizkinya dan ajalnya’.” (HR Bukhari) Meski demikian, berdoa adalah sebuah amal yang dianjurkan. Allah amat senang mendengarkan doa hamba-hambaNya. Ia menyiapkan berbagai balasan bagi orang yang berdoa. Sabda Nabi saw.: • “Tidaklah seorang Muslim berdoa dengan doa yang bukan terdapat di dalamnya dosa dan memutuskan silaturim melainkan Allah memberi padanya satu dari tiga perkara; segera dipenuhinya doa tersebut, atau disimpannya sebagai pahala di akhirat, atau dihindarkanNya dari kecelakaan atau kejelekan yang sebanding.” Para sahabat bertanya, “Bagaimana jika kami perbanyak?” Rasulullah saw. menjawab, “Allah akan memperbanyak lagi.” (HR Ahmad, Abu Ya’la dan Hakim). Ya. Ertinya, memohon dipanjangkan umur tetaplah sebuah doa yang baik, kerana kita memang tidak tahu bila hidup kita akan berakhir. Kita memohon agar dengan panjangnya umur kita dibarengi dengan bertambahnya segala kebaikan kita. Sebagaimana Nabi saw. mengajarkan kita sebuah doa antara pilihan hidup dan mati: • “Janganlah seseorang itu menginginkan mati kerana bala’ yang menimpanya, tetapi kalau ia terpaksa menginginkan mati, hendaknya ia membaca; ‘Ya Allah lanjutkanlah hidupku sekiranya hidup itu baik untukku, dan segera wafatkan daku sekiranya kematian itu lebih baik bagiku’,” (HR Bukhari, Muslim) 8 Pengajaran Dari Filem 'Pendekar Bujang Lapok' Posted by Ibnu Hasyim Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook HALAMAN HIBURAN Pengajaran yang diperoleh bila menonton filem Pendekar Bujang Lapok: 1.dapat lihat amalan kronisme dan nepotisme dalam kalangan samseng di Penambang bila anak dara muda diberikan laluan terlebih dahulu dari mereka yang beratur panjang untuk menaiki sampan 2.apabila orang kampung sudah jelek dan muak,muncul seseorang sebagai pencetus kebangkitan rakyat yang tidak puas hati dengan sikap dan layanan dari samseng Penambang 3.apabila muncul seorang yang berani,maka orang kampung yang lain mula bangkit menentang ketidak adilan dan memprotes sebagai rasa tidak puas hati 4.baru kita tahu,yang Alif Mim Nun Wau yang diucap oleh Sudin berbunyi SARKIS 5.kita perlu menuntut ilmu terlebih dahulu sebelum berjuang,seperti Ramlee,Sudin dan Ajis dihantar ke sekolah buta huruf terlebih dahulu.. 6.sabar dan berani melayan karenah MAMBANG-MAMBANG yang buat provokasi murahan dari puak...(macam hantu Jepun,kucing dan mereka suka mengumpat) 7.lepas tu jangan lupa cari JKK dan Sarip Dol samseng,lawan pun kena pakai otak...tengok cara Sudin dan Ajiz,pakai tongkat je(kita pakai garam dan botol mineral) 8.akhir sekali,dah menang JANGAN NAK PELUK ANAK DARA orang pula ye... Diangkat dari http://apadianie.blogspot.com