Institusi Pengajian Pondok Perlu DiperkasakanDilulus terbit pada Monday, June 23 @ 13:09:43 MYT oleh reformis Oleh mag"Institusi pondok menjadi kubu bagi mempertahankan Islam sehingga ramai guru pondok dan ulama bangkit menentang penjajah, antaranya Hj Abg Rahman Limbong, Tok Janggut, Tok Kenali, Tokku Paloh, dtok Maharajela, Tok Sagor Mat Kilau dan lain-lain.Institusi pondok yang ada sekarang jauh berkurangan berbanding zaman kegemilangannya.Dalam era kemasyuhurannya pelajar-pelajar datang dari seluruh Nusantara termasuk Kemboja, Sumatera, Patani, Singapura dan Brunei ke Tanah Melayu.
Setiap institusi pondok perlu mengadakan usrah di kalangan tenaga pengajar bagi mencetus idea baru ke arah memperkasakan lagi institusi tersebut.Selain itu muzakarah di kalangan guru-guru pondok seluruh negara dan nusantara juga penting diadakan bagi memastikan institusi pondok terus unggul melewati zaman. Pondok juga perlu menyediakan peluang pelajar-pelajar insitusi pengajian tinggi belajar secara pakej pada musim cuti semester dengan mengadakan MOU dengan institusi2 tersebut. Juga boleh diadakan program-program pertukaran pelajar angkat dengan IPT di negara ini secara berkala. Ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kedua-dua sistem pembelajaran kepada pelajar IPT dan pondok. Pelbagai program antaranya ekspo, pameran, forum, ceramah dan seminar perlu sentiasa diadakan supaya ia dipopularkan bagi mendapatkan sambutan yang menggalakkan.Selain itu para pelajar pondok juga perlu didedahakn dengan dunia ICT supaya mereka tidak ketinggalan dengan arus pengetahuan yang semakin maju. Pondok juga perlu mempunyai laman web dan blog untuk tujuan penyebaran ilmu dan berhubung dengan masyarakat awam di luar.Juga dicadangkan supaya kerajaan Barisan Rakyat mencari dana bagi memperkasakan institusi ini suapay ia sentiasa maju dan terus menyumbang kepada pembangunan malaysia secara menyeluruh yang meliputi aspek mental dan fizikal.Kesimpulannya, jasa dan pengorbanan institusi pengajian pondok , guru-gurunya, pelajar-pelajarnya dan masyarakat yang sama-sama membangunkannya tetap besar dalam pembangunan mental dan fizikal negara sehingga kini."
No comments:
Post a Comment