Wednesday, 28 May 2008

HANTARAN FIKIRKANLAH

Biasalah, musim-musim cuti sekolah ni... majlis walimah mana-mana pun ada. Semua berlumba-lumba nak buat majlis nikah-kahwin. Majlis tunang-tunang pun tak ketinggalan, ada yang buat jugak. Semua perancangan disusun rapi.Sampai masanya, sapa yang tak nak kahwin kan...Pantun yang disusun turut dialun, saling berbalas wakil kedua belah pihak. Dulang pula berbalas dulang, sirih pinang pun turut bertukar tangan. Tiba masanya, hantaran juga turut diatur dan dirunding.Mahar dan hantaran tidak boleh disamakan. Mahar lain hal, hantaran pula lain pakage. Biasanya, hantaran dikeluarkan dan disediakan oleh si lelaki yang berhajat mengahwini wanita. Hantaran diatur dan ditetapkan dari pihak pengantin wanita.Hantaran ni macam harga dagangan lah pulak. Kalau si perempuan tu cantik, berpelajaran tinggi, kaya, maka... mahal lah hantarannya. Ini lumrah kebiasaannya lah bagi masyarakat “Melayu”. Antara hantaran yang biasa diguna-pakai adalah set pengantin siap serba satu, ini termasuklahlah bilik pengantin, set tilam pengantin, set hand phone, baju, kain, naskhah al-Qur’an, dan pelbagai lagi boleh saja dijadikan barang hantaran.Malah, ada tu kereta besar dan rumah besar pun boleh menjadi syarat sah-nya hantaran. Kalau tak disiapkan dengan keperluan yang diaturkan, maka bertangguhlah hajat si pengantin. Silap-silap boleh tak jadi perkahwinan tu. Maklumlah, mahal tu... Mana mahu korek kawan...Em, yang paling biasa dijadikan hantaran, adalah duit lah. Money... money... kalau kita lihat majlis-majlis kahwin artis-artis tu, fuuhh! Ribu-ribu, berbelas-belas ribu, atau mungkin berpuluh-puluh ribu si lelaki mesti bayar kepada wanita atau keluarga si wanita tu. Malah bukan berpuluh ribu, ratus ribu pun ada.Tapi, yang cukup sedihnya... banyak jugak yang fail. Membazir je kahwin mahal-mahal ni. Ia bukanlah syarat jaminan kebahagian sesuatu rumah tangga. Kalau ikut Islam, bukan itu tujuan perkahwinan. Bukan untuk berjual beli dan tawar-menawar. Bukan juga untuk menunjuk-nunjuk sapa grand. Silap-silap tertunjuk lah pulak sapa lingkup dulu. Tak ke sedih macam tu. Adalah lebih baik duit tu buat belanja keperluan yang betul. Belanja harian keluarga yang baru dibina dengan penuh hikmah. Itu lebih menjamin kebahagian sebenarnya.Malah, dalam sibuk-sibuk bertukar-tukar hantaran dan mengumpul-ngumpul duit hantaran ni. Tahu tak kita, bahawa bab-bab hantaran ni karut marut sebenarnya. Entah datang dari mana agaknya. Kalau ikut Islam, yang ada Cuma mahar je. Bukan hantaran. Lepas tu, hantaran mengalahkan mahar lagi tu.Kasihan kaum lelaki. Susahnya nak kahwin. Padahal dah sama-sama suka. Tapi, masalah duit pulak. Bukan masalah takde duit untuk menampung hidup. Tapi, kena berduit yang lebih untuk nak runtuhkan tembok pemisah tu. Kalau tak, menganga saja lah. Tengok saja dari balik tembok.Zaman sekarang agaknya zaman berdagang anak perempuan. Sapa-sapa nak menikahkan anak perempuan, masa tu lah masa kegembiraan. Kerana anak perempuan bakal membawa pulangan lumayan. Mungkinkah begitu yang difikirkan? Fikirlah sendiri...Baiklah, sapa yang nak mengada-ngada ikut yang bukan cara Islam tu, tak dapat nak buat apa lah. Yang diketahui, dalam Islam yang ada cuma mahar je. Telah dijelaskan mahar yang dipersetujui, akad nikah berjalan lancar, pasangan suka sama suka, wali pun dah setuju, semuanya ditanggung beres.“Permudahkan, jangan dipersulitkan”Kalau ikut zaman Rasulullah dulu, punyalah senang nak kahwin. Yang penting agama mesti mahu baik. Perempuan solehah boleh tunggu je... insyaALLAH, ada lah yang akan merisiknya dari kalangan laki-laki yang soleh. Perempuan nak risik lelaki pun tiada masalah, bila kena syaratnya. Malah, maharnya murah dan mudah sahaja. Ini adalah bertepatan sebagaimana pesanan Rasulullah shallallhu ‘alaihi wa sallam sendiri,“Di antara kebaikan wanita adalah memudahkan maharnya dan memudahkan rahimnya.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 23957. Dihasankan oleh Sheikh al-Albani di dalam Shahiih al-Jami’, 2/251)“Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah” (Hadis Riwayat Abu Daud, Kitab an-Nikah, no. 2117. Disahihkan oleh Sheikh al-Albani di dalam al-Irwaa’, 5/345)Atas saranan dan pantauan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, pada masanya, pernikahan berjalan dengan mudah dan tidak disulitkan dengan kepelbagaian adat dan metod yang bukan-bukan. Seperti hantaran beribu-ribu, akad nikah mesti bersalam dengan bergoncang tangan, sesi fotografi yang memakan ratusan ringgit, aurat disingkapkan di depan khalayak awam, pelamin pulak mesti disiapkan, majlis persandingan mesti dilangsungkan, menepung tawar mesti direnjiskan, dan pelbagai lagi tambahan-tambahan yang karut marut yang langsung tidak tsabit (sahih) dari agama Islam yang tulen.Apa sebenarnya yang dikejar? Kemewahan? Grand? Sikap menunjuk-nunjuk? Mahu berjual beli? Atau mahu merosakkan agama dan menggantikannya dengan adat? Apakah tidak cukup mudah dan cantik apa yang disunnahkan oleh Nabi kita shallallahu ‘alaihi wa sallam?Sedangkan Nabi pernah menikahkan para sahabat-sahabatnya hanya dengan mahar sebiji emas, hafalan surah al-Qur’an tertentu, baju besi, cincin besi, beberapa dirham mata wang, beberapa genggam kurma, dan seumpamanya. Mengapakah kita tidak puas dengan apa yang dicadangkan dan dipermudahkan oleh Rasulullah untuk syi’ar pernikahan dan perkahwinan kita zaman ini? Carilah berkah dan petunjuk dari apa yang dicontohkan oleh Rasulullah.“Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika benar engkau mencintai Allah, maka ikutlah aku”.” (Surah Ali Imran, 3: 31)“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi mereka yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Surah al-Ahzaab, 33: 21)Jadi siapakah yang kita jadikan ikutan sekarang? Hawa nafsu? Adat? Atau siapa?Jawablah sendiri...Sebelum mengakhiri artikel ringkas ini, mari kita lihat apa itu mahar sebenarnya.Syari’at yang gemilang lagi sesuai sepanjang zaman ini adalah bertujuan memelihara hak-hak wanita. Mahar adalah apa yang diberikan kepada isteri berupa harta, atau selainnya menurut persetujuan dengan sebab pernikahan atau dinikahi.Mahar wajib dikeluarkan oleh seorang lelaki yang ingin menikahi seorang wanita,Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Dosa yang paling besar di sisi Allah ialah orang yang menikahi wanita lalu ketika telah menyelesaikan hajatnya darinya, maka dia menceraikannya dan pergi dengan membawa maharnya...” (Hadis Riwayat al-Hakim, 2/182. Dihasankan oleh Sheikh al-Albani di dalam as-Silsilah ash-Shahihah, no. 999)Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,“Berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan.” (Surah an-Nisaa’, 4: 4)“Maka berilah mereka maharnya (dengan sempurna) sebagai suatu kewajiban.” (Surah an-Nisaa’, 4: 24))“Kerana itu, kahwinilah mereka dengan keizinan tuan mereka dan berilah maskahwin mereka dengan patut.” (Surah an-Nisaa’, 4: 25)Mahar adalah pemberian yang dilindungi yang diwajibkan Allah untuk diberikan kepada wanita; bukan sebagai imbalan sesuatu yang wajib dia berikan, kecuali memenuhi hak-hak suami isteri, sebagaimana halnya dia tidak dapat digugurkan (walaupun wanita itu rela) kecuali setelah akad. (Audatul Hijaab, 2/298)Maka,“Permudahkanlah, jangan dipersulitkan, jangan dipersusah-susahkan...” dengan hal yang bukan-bukan dan yang pelik-pelik yang tiada contoh dan saranannya dari Rasul ikutan kita jika benar kita mencintai dan mengharapkan keredhaan Allah yang sebenar.Menurut Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Adakanlah walimah, walau pun hanya dengan seekor kambing.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Nikah, no. 5155)Wallahu a’lam.Kepada sahabat-sahabat yang berminat untuk mengetahui Persoalan Nikah, perkahwinan, dan majlis walimah yang berorientasikan Islam dan bertepatan dengan sunnah-sunnah Rasulullah, saya cadangkan anda membaca tiga-tiga buah buku ini:1 – Panduan Menikah Ala Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, Tulisan Sheikh Amru Abdul Mun’im Salim, Terbitan Pustakan an-Naba’. (Tajuk setelah cetakan baru: “Panduan Menikah Menuju Keluarga Sakinah”)2 – Panduan Menikah Dari A hingga Z, Tulisan Abu Hafsh Usamah bin Kamal ‘Abdir Razaq, Terbitan Pustaka Ibnu Katsir.3 – Adab az-Zifaf (Panduan Nikah), Tulisan Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Terbitan Media Hidayah."

IKHLASKAN DIRI WAHAI SEMUA PELAJAR SAR & SMAR

Pembatalan MoU pengajian Islam dikesaliMay 28, 08 1:19pmhttp://www.malaysiakini.com/news/83556Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) kesal dengan pembatalan memorandum persefahaman antara institusi pengajian tinggi tempatan dengan Universiti Al-Azhar bagi mengadakan program pengajian Islam di negara ini.PKPIM kesal di atas tindakan (pembatalan) itu, dengan alasan kursus tersebut kurang laku dan kurang mendapat perhatian sektor pekerjaan," Setiausaha Agung PKPIM, Abdul Muntaqim Zulkipli.Beliau berkata, pihaknya berpendapat, tindakan membatalkan memorandum persefahaman itu menggambarkan seolah-oleh program pengajian Islam dipinggirkan dan dianggap kurang penting berbanding dengan program yang lain.Sebaliknya, kata Abdul Muntaqim, program pengajian Islam seharusnya diletakkan sebagai program yang paling penting dalam dunia pendidikan."Program pengajian Islam sangat penting untuk melahirkan individu-individu yang mempunyai pengetahuan agama Islam yang benar dan kukuh dan menjadi paksi dalam masyarakat bagi mencorak akhlak, sifat dan budaya," tambahnya.

Sunday, 25 May 2008

Sekolah Agama Rakyat

Menyoroti tindakan dan tekanan yang dilakukan oleh kerajaan kepada pelajar agama memang ‘menakutkan’. Menakutkan disebabkan sampai begitu sekali kerajaan lakukan kepada mereka yang mendalami ilmu yang boleh membawa taqarrub kepada Allah.Bermula dari peringkat serendahnya iaitu Sekolah Agama Rakyat (SAR) lagi mereka ingin cantas padahal apa yang diajar disekolah tersebut bukan ilmu untuk berhibur semata-mata tetapi diadun dari ilmu akademik dan juga ilmu akhirat. Kerajaan memikirkan seolah-olah sekolah tersebut melahirkan pengganas cilik yang akan mengebom Putrajaya barangkali.
Itu cerita peringkat rendah, kalau kita kita pergi lebih tinggi sikit di peringkat menengah dalam tahun 2000 rasanya disekat pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Ugama yang berada di tingkatan 6 bawah dari melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah sebaliknya dibuat sistem baru iaitu Sijil Tinggi Agama Malaysia. Dengan memiliki sijil ini barulah pelajar tersebut boleh ke Timur Tengah. Dalam keadaan membebankan pelajar yang mana diwajibkan pelajar lulus kesemua 13 matapelajaran barulah akan mendapat sijil dan dibenarkan menyambung pelajaran namun kerajaan tidak dapat menyekat kemaraan ‘budak baik’ untuk mendalami ilmu agama.
Setelah kerajaan melihatkan kedegilan budak-budak baik ini walaupun dibuat sistem yang menyusahkan tetapi ramai yang yang mendapat Mumtaz dan dapat menyambung pelajaran ke Timur Tengah khususnya. Lalu bermeeting lah mereka memikirkan cara lain lagi dan terjumpa dengan idea untuk menyekat pelajar-pelajar kolej Islam yang membuat perjanjian persefahaman dengan mengadakan peperiksaan penerimaan ke Universiti khususnya Universiti Al-Azhar Mesir.
Budak baik yang telah menamatkan pengajian di Kolej INSANIAH ( Kedah ), KUIS ( Selangor), KIAS ( Kelantan ) dan lain-lain yang berjaya ke Universiti Al Azhar dikehendaki menduduki peperiksaan penerimaan setibanya di Mesir. Pada mulanya ramailah yang terkandas disebabkan kali pertama -tahun 2005- menjalani peperiksaan ala Al-Azhar dan sebilanagn kecil sahaja yang berjaya. Mereka yang tidak berjaya terpaksa turun tahun yang mana jika perjanjian antara kolej dengan Al-Azhar untuk kemasukan tahun 3 mereka akan turun ke tahun 2 dan bagi mereka yang berjaya akan memasuki Al-Azhar mengikut perjanjian kolej.
Tetapi untuk tahun kedua dan ketiga peperiksaan tersebut diadakan dengan pertolongan dan bantuan abang dan kakak yang telah menduduki ujian tersebut mereka mampu lulus. Lagi la sakit hati pihak kerajaan!
Melihatkan ramai lagi yang masih ke Mesir walaupun telah dibuat peperiksaan penerimaan tersebut dan disambut oleh budak baik dengan semangat yang kuat mereka sekali lagi bermesyuarat. Kali ini mereka mengambil keputusan yang drastik dengan membatalkan terus perjanjian yang telah dibuat oleh pihak Kolej dan Universiti Al-Azhar.
Pembatalan MoU ini katanya pelajar agama sekarang ini tidak laku dalam sektor pekerjaan. Alahai…murahnya pelajar agama berbanding pelajar sains dan teknologi untuk kemajuan dunia!
Manusia yang berakal sempurna tidak akan mengiyakan kenyataan tersebut melainkan ianya bermotif politik semata-mata.
Mereka takutkan pelajar agama disebabkan pelajar agama bila keluar Universiti akan menentang mereka!
Menentang kezaliman yang kerajaan lakukan, menentang pemimpin yang tidak mahu mengikut perintah Allah, menentang kerajaan yang tidak mahu melaksanakan hukum Allah di bumi Malaysia!
Jika kerajaan melakukan perkara yang menepati syariat Allah masakan kami akan menentang anda malah kami akan bersama-sama anda memakmurkan bumi Allah.
Sunnatullah memang telah tercatat yang mana di setiap zaman akan ada pemerintah yang zalim dan pada masa yang sama Allah akan mengutuskan golongan yang akan memerangi mereka dan menyedarkan mereka tentang azab Allah.

Sekolah Agamaka Rakyat

Thursday, 8 May 2008

Perkembangan SABK Tggnu

SEKTOR PENGURUSAN PENDIDIKAN
ISLAM DAN MORAL,
JABATAN PELAJARAN TERENGGANU,
JLN BUKIT KECIL, 20604 KUALA TERENGGANU
Tel : 09-6253020 ; Fax : 09-6314909
http : www.geocities.com/spimjpntrg
emel : a_sulong@yahoo.com

Guest Book
1 Hebahan Khas - Tertib Ahli Majlis Penasihat Pemangku Raja
2 Maklumat Am:
Kenali SMKA
Hari Kelepasan Am 2008 (Terengganu)
Perancangan Pendidikan Islam JAPIM 2008 - terkini
Diari Terengganu Melahirkan Generasi Ulul Albab 2008
Maklumat Talian Sektor Jabatan Pelajaran Terengganu 2008
Takwim Peperiksaan 2008 Lembaga Peperiksaan Malaysia
3 Unit Pengurusan SPPIM
Fungsi Utama SPPIM JPN Terengganu 2007
Pertukaran Guru Terlatih Sekolah Terengganu 2007
Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan SMKA 2008
Fungsi dan Peranan Penyelia Pendidikan Islam Daerah
Borang & Syarat Kemasukan Ke Ting 4 SMKA 2008 dari SMAN, SMAR, SMAS
Borang Pengiraan Keperluan Guru Hak Pend Islam Sek Men 2008
Pangkalan Data Pendidikan Islam JAPIM 2008 - terkini
4 Unit Kurikulum SPPIM
Kelas KAA Sekolah Terengganu Januari 2008
Guru-Guru AKRAM SPPIM JPN Terengganu 2007
Panduan Pelaksanaan Kelas Kemahiran Al-Quran (KKQ)
Senarai Perancangan Kursus Kurikulum Pend Islam & j-QAF 2007 - New
Dasar dan Status Pelaksanaan Program j-QAF 2008 Japim - terkini
5 Unit Dakwah & Kepimpinan SPPIM
Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) sekolah Terengganu 2007
Keputusan MTQ Sekolah Terengganu 2007
Keputusan MTQ Sekolah Terengganu 2008 di SMKA Tok Jiring - terkini
Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) Sekolah Peringkat Kebangsaan 2007
Instrumen Penilaian Surau Anugerah Kualiti Pendidikan Terengganu 2008
6 Unit Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
Maklumat Jabatan, Sekolah & Pengetua SABK Terengganu 2007
Maklumat Enrolmen murid SABK Terengganu Jan 2007
Maklumat Enrolmen murid SABK Terengganu Jan 2008 - terkini
Maklumat Perhubungan Pengurusan SABK Terengganu 2007 - terkini
Maklumat PCG (Bantuan Per Kapita) SABK Terengganu 2007 - penting/segera
Pengenalan Ringkas Sek Men Imtiaz Terengganu
7 Unit Sekolah Agama Rakyat - KAFA (SAR-KAFA)
Senarai Nama Sekolah Agama Rakyat -KAFA Terengganu (Berdaftar)
Maklumat Perhubungan Pengurusan SAR - Kafa Terengganu
Maklumat SAR KAFA 2007 untuk kegunaan JAPIM - Mesyuarat pada 5 Julai 2007 di JPNT - segera
8 Motivasi Kesedaran

Antara RM2000 dan RM200 mana untung? & Betul ke?

cSAR: Segelintir ibu bapa profesional anggap sekolah kebangsaan tidak Islamik
KEPALA BATAS 4 Nov. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kecenderungan segelintir ibu bapa profesional menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah agama rakyat (SAR) kerana menganggap ilmu pengetahuan di sekolah kebangsaan tidak Islamik.

Timbalan Perdana Menteri berkata, mereka menganggap bahawa ilmu yang mereka pelajari selama ini tidak diperlukan oleh Islam sedangkan kurikulum di sekolah-sekolah kebangsaan (SK) adalah yang terbaik untuk generasi muda dalam menimba ilmu dunia dan akhirat yang seimbang.

Katanya, ibu bapa sedemikian tidak faham bahawa untuk menjadikan anak-anak mereka berjaya, mereka perlu diberi pendidikan yang menyeluruh yang turut melibatkan aspek agama.

Beliau berkata, di sekolah kebangsaan murid-murid bukan sahaja diberikan pendidikan agama agar faham dalam tuntutan fardu ain tetapi juga ilmu untuk tuntutan fardu kifayah, iaitu ilmu untuk kemajuan di dunia.

``Pendidikan agama di SK pada waktu ini adalah satu bentuk pendidikan yang akan tingkatkan ilmu asas pengetahuan agama seseorang dan boleh jadikan mereka seorang Islam yang baik.

``Kurikulum di SK adalah satu sistem pendidikan yang komprehensif dan tidak menumpukan kepada satu aspek semata- mata,''katanya kepada para pemberita selepas menghadiri majlis Mutaqa Ramadan Al-Mubarak di Dewan Milenium di sini hari ini.

Beliau memberitahu demikian ketika diminta mengulas pendedahan Pengerusi Jawatan kuasa Hal Ehwal Islam Negeri Kedah, Fadzil Hanafi yang menyatakan kesemua 43 buah sekolah agama rakyat (SAR) di Kedah didapati terlibat dengan kegiatan negatif termasuk usaha mempengaruhi para pelajarnya supaya membenci kerajaan dan pemimpin negara.

Menurut Abdullah lagi, para pelajar di SK diberi peluang untuk belajar agama supaya mereka benar-benar faham ajaran Islam yang asas bagi memenuhi tuntutan fardu ain dalam Islam di samping para pelajar itu juga diberi pendidikan dalam bidang lain untuk memenuhi tuntutan fardu kifayah.

``Fardu kifayah itu adalah seperti ilmu-ilmu untuk kemajuan di dunia seperti sains, teknologi, pengurusan dan hubung kaitnya dengan kehidupan,'' katanya.

Menurut Abdullah, berdasarkan perbelanjaan per kapita negara, kerajaan membelanjakan RM2,000 bagi seseorang murid untuk pendidikan agama Islam di SK berbanding hanya RM200 di sekolah agama rakyat (SAR).

``Ini menunjukkan bahawa penumpuan untuk pembelajaran agama di SAR agak kurang berbanding di SK.

``Saya beranggapan kehadiran pelajar-pelajar di SAR membazirkan masa semata-mata kerana mereka sepatutnya belajar di SK yang bukan sahaja memberikan peluang untuk memahami agama tetapi memahami ilmu untuk memenuhi fardu kifayah,'' katanya.

Menurutnya, selama ini orang akan mengambil sikap membiarkan SAR beroperasi dengan bebas kerana mereka beranggapan anak-anak mereka yang dihantar ke sekolah itu akan diberikan pendidikan agama yang terbaik.

Bagaimanapun, kerajaan mendapati ada SAR memberikan pelajaran yang tidak cukup untuk bekalan bagi masa depan untuk bekerja dalam pelbagai bidang.

Bagi mengatasi masalah tersebut katanya, Kementerian Pendidikan membuat kajian dan hasil kajian itu akan dimaklumkan kepada kerajaan.

``Keputusan kajian itu nanti akan turut memaklumkan kedudukan SAR itu nanti, '' katanya.

Ditanya adakah kerajaan sudah terlambat dalam menangani masalah di SAR sehingga berlakunya kegiatan-kegiatan negatif, Abdullah berikata, soal lambat tidak timbul dalam isu ini kerana yang penting ialah mengambil langkah bagi membetulkannya.

Lulusan Sar lebih beruntung

Peluang lebih cerah untuk lulusan SAR
Arfa'eza Aziz | Mar 7, 03 12:18pm
Masyarakat Melayu akan terus mempertahankan sistem pendidikan SAR kerana graduan sistem pendidikan Islam tertua akan memperolehi sekurang-kurangnya lapan sijil pelajaran setelah tamat pengajian di peringkat rendah dan menengah.
Lulusan SAR ada banyak pilihan
Bukti sistem SAR perlu dipertahankan

Isu SAR

Johor benar SAR yang berdaftar terus beroperasi
Mar 26, 03 11:29am
Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dibenarkan beroperasi di Johor.

Per kembangan gaji guru SAR

Dr Hayati minta guru sandaran SAR diserapkan ke jawatan tetap
Posted on Disember 5, 2007 oleh editor
Dr. Mohamed Hayati Bin Othman [Pendang] minta Menteri Pelajaran menyatakan tindakan kerajaan kepada ‘Laporan Murad’ setakat ini di dalam menghadapi kemelut yang melanda sekolah agama yang sedang menghadapi masalah untuk meneruskan kesinambungan
pendidikan agama di sekolah mereka. Apakah bentuk bantuan yang telah dan sedang dihulurkan untuk memantapkan lagi pendidikan agama ini.

Timbalan Menteri Pelajaran [Dato' Hon Choon Kim]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tindakan telah pun diambil hasil cadangan utama laporan Jawatankuasa Khas Tan Sri Murad 2003. Antaranya mendaftarkan Sekolah Agama Rakyat dan
Sekolah Agama Negeri di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada semua sekolah terbabit dan seterusnya menawarkan kepada sekolah berkenaan untuk menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Sehingga Jun 2007, sebanyak 119 buah sekolah telah berdaftar sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sekolah-sekolah agama yang telah mendaftar dengan kementerian adalah layak untuk mendapat peruntukan sama seperti sekolah bantuan kerajaan yang lain seperti termaktub di bawah Akta Pendidikan 1996. Antara bantuan yang diberikan iaitu:
(i) bantuan fizikal sekolah;
(ii) perjawatan guru dan staf sokongan;
(iii) aset;
(iv) per kapita pelajaran; dan
(v) bantuan buku teks. Terima kasih.

Dr. Mohamed Hayati Bin Othman [Pendang]: Terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan. Laporan Murad sebenarnya dibentuk setelah kejadian yang menyayat hati iaitu kebakaran sekolah yang kita panggil “Pondok Pak Ya” di daerah Jerai.

Setelah itu, banyak sekolah-sekolah agama rakyat diambil alih sama ada kerajaan negeri ataupun pusat dan di negeri Kedah khususnya saya mahu khusus di negeri Kedah, banyak sekolah-sekolah agama di daerah-daerah diambil dan dijadikan sebagai sekolah negeri iaitu Maktab Mahmud, tapi apa yang menjadi hakikatnya adalah seramai 108 orang guru yang ada di sekolah-sekolah di daerah ini, hanya 25 orang sahaja guru tetap lembaga, 12 orang guru yang diserapkan ke Kementerian Pelajaran, yang selebihnya 71 orang adalah guru-guru sandaran yang kebanyakan mereka ini kelulusan daripada Universiti Timur Tengah.

Ramai di antara mereka yang terpaksa berhenti dan masuk dalam sekolah rendah iaitu dalam bidang J-QAF. Jadi saya rasa ini satu brain drain kepada sekolah-sekolah di peringkat menengah ini kerana mereka berkelulusan luar negara dan di peringkat Ijazah yang terpaksa berhenti kerana masih dalam guru sandaran.

Apakah kementerian berhasrat untuk menyerapkan guru sandaran ini supaya lembaga ataupun kementerian? Terima kasih.

Dato’ Hon Choon Kim: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih. Memang hasrat Kementerian Pelajaran ialah untuk menyerapkan guru-guru yang telah mengajar Sekolah Agama Rakyat atau Negeri supaya dijadikan sebagai guru kerajaan. Walau bagaimanapun, apabila langkah untuk menyerapkan mereka untuk masuk ke perkhidmatan, sudah tentu ada syarat-syarat tertentu. Kalau mereka masih belum sampai, masih belum penuhi syarat, Kementerian Pelajaran akan memberikan masa dan juga latihan supaya pada akhirnya mereka akan diserapkan dalam perkhidmatan sebagai guru kerajaan. Terima kasih.
(4 Disember 2007

MAKAN ? PILIHLAH

Hidangan Restoran Hotel 5 Bintang - Halal Atau Haram?




Assalamualaikum,

Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.

Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang.

Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.

Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang Haram?

Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?

Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.

Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.

Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.

Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.

Selain daripada Arak, ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.

Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh. Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....

Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.



Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.


Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.

JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar.

Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalaman daripada 2 orang Chef jemputan. Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan sedap itu tidak semestinya memberi manfaat kepada kita.

Sekiranya anda tahu Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila kongsikan kepada semua pembaca.


Wassalam...

Posted by Dr Azwan at 8:43 PM

Pencapaian Akhlak Pelajar Madrasah

Pencapaian Akhlak Pelajar Madrasah
Dapatan akhlak Pelajar SMAR Negeri Johor
PERANAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA RAKYAT DALAM MELAHIRKAN INSAN BERAKHLAK DI NEGERI JOHOR


Mohd Hairudin Amin ,Prof.MadyaDr Ismail Bakar, Ezad Azraai Jamsari &
Dr.Wan Kamal Mujani
ABSTRAK

Kertas ini akan membincangkan perkembangan Sekolah Menengah Agama Rakyat di Negeri Johor dan sumbangannya terhadap penghayatan akhlak di kalangan pelajarnya. Metodologi kajian ini berdasarkan kaedah kepustakaan dan lapangan. Bagi memberi penerangan yang lebih jelas pengkaji akan menerangkan jenis-jenis sekolah Agama yang sedang beroperasi di negeri Johor seterusnya akan memfokuskan Sekolah Menengah Rakyat sebagai fokus kajian. Negeri Johor telah mempunyai sistem pendidikan agama semenjak pertengahan abad ke 19 lagi. Manakala pihak kerajaan negeri Johor telah mula mengendalikan pendidikan agama seawal tahun 1895 apabila Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor di tuliskan. Kajian lapangan berbentuk soal selidik jenis tertutup juga telah dijalankan untuk mengetahui sejauh mana sumbangan Sekolah Menengah Agama Rakyat di negeri Johor dalam penghayatan akhlak di kalangan diri pelajar. Soal selidik tertumpu ke atas 373 responden Tingkatan Lima, dari lima belas buah sekolah bandar dan luar bandar. Dapatan soal selidik menunjukkan bahawa penghayatan akhlak pelajar dari aspek akhlak peribadi adalah tinggi ( min =3.80), sementara aspek sosial adalah sederhana ( min =3.66), penghayatan akhlak dari aspek keagamaan pula adalah tinggi ( min =3.85). Begitu juga dari aspek akidah, dapatan menunjukkan kefahaman dan amalan pelajar dari konstruk akidah pelajar adalah tinggi ( min = 4.62). Secara umumnya hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penghayatan akhlak pelajar di sekolah Menengah Agama Rakyat di Negeri Johor adalah tinggi dengan purata ( min = 3.98 ). Kesimpulannya dalam kajian ini mendapati pembinaan akhlak pelajar di Sekolah Menengah Agama Rakyat di Negeri Johor adalah tercapai. Ini menjelaskan kepada umum bahawa Sekolah Menengah Agama Rakyat terbukti memberi sumbangan ke arah menghasilkan modal insan yang berakhlak di negeri Johor.

PENDAHULUAN

Pendidikan akhlak amat penting dalam kehidupan manusia. Akhlak lebih bersifat menyeluruh dan sempurna yang melibatkan hubungan dengan pencipta, sesama insan dan alam sekeliling. Akhlak akan lahir dari jiwa dan bagi umat Islam akhlak bukan sekadar dinilai oleh manusia, tetapi yang lebih penting oleh Allah SWT. Berbeza dengan moral dan etika adalah tingkah laku yang disusun oleh manusia dan dinilai oleh manusia itu sendiri. Malah ia tidak melibatkan aspek ketuhanan. Pembangunan seimbang dan sepadu adalah hasil daripada kekuatan jiwa dan rohani serta kekuatan akal. Jika manusia hanya mengejar materialistik, mementingkan kemewahan dan hidup kebendaan semata-mata, maka bukan sahaja penyakit-penyakit moden seperti darah tinggi, jantung dan sebagainya tetapi lebih parah penyakit hatinya. Manusia yang mempunyai penyakit hati akan terpancar dari perbuatannya seperti bunuh, rompak, rasuah, penipuan dan sebagainya.
Ini menunjukkan bahawa akhlak adalah suatu yang sangat penting kepada seseorang , samada ia seorang lelaki atau perempuan, tua mahupun muda, pelajar agama atau pun bukan, selagi ia seorang manusia maka akhlak adalah penting untuk kebaikan diri, masyarakat dan negaranya. Seringkali kita melihat kepentingan akhlak dan persoalannya mengatasi dari kepentingan intelektual seseorang sebagai contoh kerajaan telah memulakan kempen ”selamatkan Sufiah” (Utusan Malaysia 2 April 2008). Ini menunjukkan bahawa ajaran Islam dan persoalan akhlak adalah sangat penting dalam kehidupan harian dan apabila kita beralih arah ia akan menjadi satu isu yang sukar ditangani (Utusan Malaysia 2 April 2008). Bertolak dari kepentingan akhlak, disertai kesedaran masyarakat Islam setempat Sekolah Menengah Agama Rakyat telah didirikan. Kesungguhan mereka untuk melihat generasi selepas mereka terus memiliki akhlak Islamiah, maka mereka sanggup berkorban tenaga dan hartabenda bagi merealisasikan harapan mereka.

SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA DI NEGERI JOHOR

Sekolah Arab ialah satu daripada institusi pendidikan Islam yang terdapat di Johor dan ia lebih dikenali dengan nama ‘Madrasah’. Bermula pada awal tahun 1990-an, ia ditukarkan kepada nama Sekolah Menengah Agama Arab (SMA Arab) dan dikategorikan sebagai Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR). Perbezaannya dengan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) ialah dari segi bahasa penghantar sekolah ini yang kebanyakannya menggunakan bahasa Arab. Ini bermaksud SAKJ dianggap sebagai ‘Sekolah Agama Aliran Melayu’, manakala ‘Sekolah Menengah Agama (Arab)’ dianggap sebagai atau ‘Sekolah Agama Aliran Arab’. Pada hari ini, SMA (Arab) mendapat bantuan langsung daripada Kerajaan Negeri Johor dan ia turut menggabungkan bentuk pengajian agama dan akademik secara serentak. Kini terdapat sebanyak 17 buah SMA (Arab) yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Johor(MAIJ). Baki tiga sekolah lagi sekolah ini telah bersetuju menerima tawaran Kerajaan Persekutuan, menerusi KPM , untuk menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) . Ini bererti, sekolah-sekolah ini tidak lagi berada di bawah pentadbiran dan pengurusan MAIJ. Sekolah- sekolah tersebut ialah SMA (Arab) al-Attas di Ulu Tiram, SMA (Arab) Qur’an Waddin di Johor Baharu dan SMA (Arab) an-Nur di Pontian (Shamsuddin. 2006). Sementara itu, pihak Bahagian Pendidikan Agama, JAIJ telah dipertanggungjawabkan untuk merancang, mengurus, mengawal, dan melaksanakan program pendidikan di semua SMA (Arab), di samping semua SAKJ (Sekolah Agama Aliran Melayu ) berjumlah sebanyak 542 buah, Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) berjumlah sebanyak lapan buah, Sekolah Rendah Agama (Arab)(SRA Arab) berjumlah sebanyak enam buah, Sekolah Tahfiz berjumlah 20 buah dan Sekolah Agama Swasta(SAS) berjumlah duabuah.

Sekolah Menengah Agama Rakyat telah memberi sumbangan yang sangat besar dalam pembinaan masyarakat Melayu yang berpendidikan sama ada sebelum merdeka atau sesudahnya. Dalam memelihara agama tidak dapat dinafikan mesti melalui ilmu pengetahuan agama dan ilmu-ilmu yang berkaitan. Agama pula diterjemahkan melalui penghayatan agama dan akhlak. Ini dengan jelas memberitahu kita dengan wujudnya madrasah-madrasah ini akan menjadikan pelajarnya berpengetahuan dan berakhlak. Dalam bab ini akan di huraikan hubungan antara perkembangan madrasah dan penghayatan akhlak pelajar.

Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang pernah ditubuhkan di negeri Johor.

Sebelum Merdeka;

1. Madrasah Abdul Aziz al-Shinie Johor Bahru (1912)
2. Madrasah Buloh Kasap Segamat.
3. Madrasah Arabiah Bagan, Batu Pahat.
4. Madrasah al Attas al-Arabiyyah al-Islamiyyah, Johor Bahru. (1913)
5. Madrasah al- Khairiyah Bandar Penggaram.
6. Madrasah Al Khairiyyah Parit Jamil (1918)
7. Madrasah Hj Taib Muar. (1925)
8. Madrasah Maharani Islamiah Muar.(1938)
9. Madrasah Arabiah Parit Jawa.
10. Madrasah Arabiah Abbasiah Dato’ Hj Kosai.
11. Madrasah Saa’diah, Muar.
12. Madrasah al- Arabiyyah Jami’ah al-Islamiyyah ,Segamat.
13. Madrasah Tarbiyah Islamiyah Parit Raja, Batu Pahat (6 Jun 1941)
14. Madrasah al-Shams al- Diniyyah, Kundang Ulu, Muar.(1942)
15. Madrasah Arabiyyah Kluang. (8 Mei 1946)
16. Madrasah Arabiah Segamat. (1946)
17. Madrasah Al Khairiyah Al Islamiyah, Mersing. ( 1951)
18. Madrasah Bugisiah Tampok, Pontian. (1956)

Selepas Merdeka;

1. Sekolah Arab Bandar Pontian (15 ogos 1958)
2. Madrasah al-Lughatul al- Arabiyyah, Tangkak. (1 Oktober 1959)
3. Madrasah Jawahirul Ulum Senggarang Batu Pahat ( 16 Mei1961)
4. Madrasah Loghatul Quran Muar ( 20 Ogos 1961)
5. Madrasah al-Tarbiyyah,Al Islamiyah , Batu Pahat.(26 September 1963)
6. Madrasah Arabiah Parit Sulong ( 1 Januari 1964)
7. Madrasah At-Tanwiriyah Parit Jawa, Muar. ( 1964)
8. Madrasah Al-Qur’an Wa al-Din, Johor Bahru.(1967).
9. Madrasah Darul Ulum,Tanjung Kupang, Gelang Patah (1968)
10. Madrasah Ad-Diniah Parit Subari Muar (14 September1969).
11. Madrasah Kota Tinggi (2.1.1983)
12. Madrasah Bandar Tenggara(2.1.1989)
13. Sekolah Menengah Agama Arab An-Nur Benut , Pontian(1.1.1991)

Sebanyak 31 buah sekolah Agama aliran bahasa Arab ini pernah ditubuhkan di negeri Johor . Ini adalah beberapa buah sekolah yang dapat dikesan dan inilah yang dikategorikan sebagai sekolah agama yang asalnya dibina oleh masyarakat Islam setempat. Sekolah Menengah Agama Rakyat ini mula memainkan peranannya di negeri Johor sejak sebelum merdeka. Sebanyak lima buah sekolah yang termasuk dalam kajian ini telah didirikan sejak sebelum merdeka. Manakala selebihnya sebanyak sepuluh buah SMAR telah ditubuhkan selepas merdeka.

PEMBENTUKAN AKHLAK PELAJAR.

Dalam usaha untuk membentuk akhlak ahli masyarakat, kita memerlukan sekurang-kurangnya empat eleman iaitu ibu bapa, keluarga, sekolah dan persekitaran yang saling berganding bahu untuk membentuk seluruh persekitaran sebagai wadah pembentukan akhlak. Proses pembentukan akhlak dimulai dari akidah yang mantap, diikuti dengan perlaksanaan tanggungjawab hamba kepada pencipta iaitu ibadah khusus. Ini diikuti dengan pendidikan yang bersepadu dan seimbang iaitu pendidikan yang tidak memisahkan nilai akhlak dan kekuasaan Allah SWT. Selanjutnya akhlak itu perlu kepada proses berterusan, menjadi amalan kepada setiap muslim. Keluarga dan persekitaran yang positif diperlukan untuk memantapkan peribadi pelajar di samping peranan ketua masyarakat sebagai teladan. Inilah peranan yang telah diketengahkan oleh SMAR dengan persekitaran keagamaan dibentuk untuk mereka. Kesediaan SMAR menerima pelajar yang telah melebihi umur standard yang biasanya adalah lepasan atau gagal dalam peperiksaan PMR, SPM dan sekolah swasta, merangkumi pelajar yang memiliki pencapaian yang rendah dalam peperiksaan UPSR serta gagal untuk memasuki mana-mana sekolah menengah aliran agama seperti SMKA dan SMAN merupakan suatu yang sangat dipuji.


Dari dapatan ini dapat difahamkan bahawa pencapaian asas akidah mendapat min tertinggi (4.62) berbanding dari tiga konstruk yang lain. Ini barangkali adalah berkaitan pelajar-pelajar ini telah memahaminya sejak usia masih kecil kerana rata-rata mereka telah bersekolah agama kerajaan Johor separuh masa sama ada pagi atau petang. Jadi konsep asas tentang fardu Ain telah dapat difahami dari awal lagi. Konstruk kedua tinggi ialah penghayatan akhlak agama yang mendapat (min=3.8). Sekalipun ia menunjukkan tahap penghayatan yang sederhana tinggi namun ia masih berkait dengan faktor keagamaan. Begitu juga bila di lihat penghayatan akhlak peribadi yang mendapat min 3.8, masih juga di tahap sederhana tinggi, boleh dibuat kesimpulan iaitu pergaulan mereka dan pendedahan akhlak ketika mereka membesar menjadi pendorong kepada para pelajar ini. Akan tetapi bila dilihat penghayatan akhlak sosial hanya min = 3.66 dan nilaian yang dapat diberi ialah sederhana rendah maka kita dapat saksikan bahawa pergaulan, persahabatan dan persekitaran mereka memerlukan pembetulan dan bimbingan dari berbagai sudut.


Analisis terhadap penghayatan akhlak secara keseluruhan seperti yang dipaparkan dalam Jadual 4.23 di atas menunjukkan sebahagian iaitu ( 64 item = 48.85 % ) penghayatan akhlak di kalangan responden adalah pada tahap sederhana tinggi. Manakala (57 item = 43.51 %) pula pada keseluruhannya adalah pada tahap tinggi dan hanya sebahagian kecil sahaja iaitu ( 9 item = 6.87 %) sahaja adalah pada tahap sederhana rendah. Hanya satu item sahaja yang mewakili 0.76 % mewakili tahap rendah. Analisis peratusan menurut tahap penghayatan mengikut kategori akhlak pula menunjukkan bahawa sebahagian besar tahap penghayatan tinggi akhlak keseluruhan disumbangkan oleh asas akidah , akhlak sosial dan agama. Di samping itu penyumbang besar kepada penghayatan sederhana tinggi akhlak keseluruhan adalah dari penghayatan akhlak peribadi, akhlak sosial dan akhlak agama. Walau bagaimanapun , tahap penghayatan sederhana rendah dan rendah secara keseluruhannya pula banyak disumbangkan oleh kategori akhlak peribadi dan sosial.


Analisis ini juga menggambarkan bahawa responden dalam kajian ini mempunyai tahap kecenderungan penghayatan akhlak yang tinggi dan sederhana tinggi dalam kesemua aspek penghayatan akhlak yang telah di uji terhadap mereka. Pada masa yang sama, dapatan ini menunjukkan penghayatan akhlak responden pada tahap sederhana rendah disumbangkan dari sebahagian kecil dari aspek penghayatan akhlak yang bersifat peribadi dan sosial. Kesimpulannya tahap penghayatan akhlak responden masih tetap berada di tahap tinggi dan sederhana tinggi dalam ke empat-empat konstruk yang berkaitan.

4.6 RINGKASAN HASIL SOAL SELIDIK

Tinjauan terhadap tahap penghayatan akhlak di kalangan responden dalam kajian ini mendapati bahawa penghayatan akhlak secara keseluruhannya berada pada tahap yang tinggi. Manakala tinjauan yang terperinci telah mendapati wujudnya pola-pola tertentu dalam penghayatan akhlak di kalangan responden dalam kajian ini. Dua pola utama yang kelihatan menonjol tentang tahap penghayatan akhlak yang tinggi di kalangan responden kajian ini adalah jenis-jenis akhlak yang berkait dengan prinsip-prinsip asas akidah Islam dan perintah agama yang dimaklumi secara meluas; dan jenis-jenis akhlak atau adab Islam yang sudah meresap secara meyeluruh dalam amalan keluarga dan masyarakat. Manakala tahap penghayatan akhlak yang rendah pula ialah berkaitan dengan kesungguhan menjaga waktu solat dan adab pergaulan dalam konteks hidup bermasyarakat. Keakuran yang rendah terhadap kewajipan rukun Islam kedua ini mungkin mendedahkan responden kepada perkara-perkara yang keji dan mungkar ( al-Ankabut 29:45). Dalam kajian ini juga menjelaskan tentang pentingnya persekitaran dan persahabatan, untuk mendorong pelajar menghayati akhlak kepada tahap yang lebih tinggi. Di sinilah terletak pentingnya institusi SMAR dalam menyumbang pembinaan dan penghayatan akhlak pelajar sehingga menjadi pegangan dalam kehidupan mereka dalam proses rebung menjadi buluh. Dengan proses yang teratur, berdisiplin dan berlandaskan kehendak Allah, para lepasan SMAR diharapkan akan menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan tanah air di masa akan datang. Sehubungan dengan itu modal insan yang dicanangkan oleh kerajaan kini akan dapat disumbangkan bersama oleh mereka yang sedang belajar di SMAR dengan syarat, beberapa pembetulan dan pembaikan mesti dilakukan oleh semua pihak demi untuk menaikkan martabat SMAR di Malaysia.

4.7 KESIMPULAN

Perkembangan Sekolah Menengah Agama Rakyat dari selepas merdeka hingga kini memperlihatkan perkembangan yang sangat baik sama ada dari segi pembangunan dan juga pengisian nya terutama berkaitan kurikulum dan kokurikulumnya. Sumbangan yang sangat besar telah dibuat untuk masyarakat Islam sejak merdeka. Sambutan juga sangat menggalakkan dari masyarakat Melayu Islam di negeri Johor. Cadangan untuk didaftarkan menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) pada tahun 2004 juga masih di peringkat rundingan hingga kini. Tinjauan melalui temu bual dengan ibu bapa, guru dan pengetua, di dapati mereka tetap mahukan supaya SMAR menjadi institusi yang mengekalkan kurikulum agama sedia ada dan kurikulum kebangsaan mengikut keperluan. Kajian mengenai penghayatan mengikut kategori akhlak pula menunjukkan sebahagian besar tahap penghayatan akhlak keseluruhan, adalah pada tahap tinggi dan disumbangkan oleh kategori akhlak peribadi, agama dan akidah, manakala akhlak sosial pula berada pada tahap penghayatan sederhana tinggi. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penghayatan akhlak pelajar-pelajar yang sedang belajar di SMAR di negeri Johor adalah mencapai hasrat ibu bapa mereka iaitu, agar anak-anak mereka menghayati akhlak agama Islam dalam kehidupan seharian mereka.

Wednesday, 7 May 2008

Kepada semua bekas pelajar Maahad Johor

Moga anda semua dapat menulis tentang isu-isu pendidikan di Malaysia khususnya di negeri Johor bagi kebaikan ummah. Tentu anda semua akan gembira bila dapat menyumbang penulisan berharga yang tuan-tuan miliki. Moga Allah akan memberkati dan merahmati semua ahli keluarga Maahad Johor

Qari Syeikh Abdul Basit

Ya Allah merdunya

Burung diajar boleh baca Quran?