Thursday, 4 October 2012


(59)Salam Pagi Jumaat  Untuk Muslimin dan Muslimat  17 Zulkaedah 1433 = 05 Okt 2012

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.   


Dari Muaz ibn Jabal R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: Sesungguhnya syaitan ialah serigala  bagi manusia, seperti serigala  yang akan memburu kambing-kambing yang terpisah jauh dari gerombolannya. Oleh itu jauhkanlah diri kamu dari sebarang lembah yang membahayakan. Hendaklah kamu hidup berjamaah, menjaga kehidupan bermasyarakat dan lazimkanlah diri dengan masjid. (HR Musnad Ahmad)
Dari Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah S.A.W. bersabda : Barangsiapa pergi  kemasjid  di waktu pagi dan petang Allah S.W.T  akan menyiapkan hidangan sebagai tetamunya di dalam syurga. Setiap kali dia datang pagi atau petang dia akan dilayaninya sebagai tetamunya. ( HR Bukhari)
Dari Abu Hurairah R.A.  meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: Orang ramai yang sentiasa  mendatangi  masjid adalah menjadi kunci-kunci masjid. Malaikat sentiasa mencarinya sekiranya dia tidak datang ke masjid, akan menziarahinya ketika dia sakit, akan membantunya di waktu kesusahan, dan baginda bersabda : mereka yang mendatangi masjid paling kurang akan mendapat salah satu dari tiga manfaat.  Di antaranya dapat bertemu diantara sesama saudara Islam, dapat mendengar  kata-kata hikmah atau mendapat rahmat yang sentiasa dinantikan oleh setiap orang Islam. (HR Musnad Ahmad)
       Wahai anakanda perbanyak lah budi
Tetapi jangan minta dipuji
       Ikhlas dan rela dalam memberi
 Supaya amal mu Allah redhai

       Kalau hendak mencari bekal
Makan dan minum secara halal
          Jauhkan sifat salah dan janggal
Sebarang kerja gunakan akal

p/s : Sesiapa yang redha pada Allah dengan rezeki yang sedikit maka Allah Taala akan redha padanya dengan amalannya yang sedikit. (Baihaki- Misykat).