Thursday, 4 September 2008

Bajet 2009 perkasa modal insan- sekolah rakyat

Bajet 2009 perkasa modal insan

Oleh JAMDI NASIR dan ZULHISHAM ISHAK



BERSAMA ANAK YATIM... Abdullah Ahmad Badawi, Jeanne Abdullah dan Musa Aman (kanan) bergambar dengan sebahagian anak yatim sekitar Kota Kinabalu pada majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan kepada anak yatim di Kota Kinabalu, malam tadi.– Gambar GHAZALI BASRI

--------------------------------------------------------------------------------

modal insan

KOTA KINABALU 3 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pembentangan Bajet 2009 Jumaat lalu antara lain bertujuan memperkasakan modal insan rakyat agar turut dapat menyumbang kepada proses pembangunan negara.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan menyedari kekuatan modal insan amat penting dalam menentu kekuatan kerajaan sama ada sumbangan itu daripada perkhidmatan sektor awam sendiri atau swasta.

‘‘Bajet itu sememangnya mempunyai niat dan tujuan memperkasakan modal insan rakyat supaya dapat meningkatkan keupayaan mereka bekerja serta menyumbangkan semula kepada pembangunan negara.

‘‘Modal insan berkualiti amat penting untuk menambah kekuatan kita sama ada dalam sektor swasta atau awam. Inilah konsep yang pernah saya sebutkan iaitu bekerja bersama-sama saya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri anjuran kerajaan Sabah di sini malam ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal; menteri Kabinet Sabah dan para pemimpin masyarakat.

Abdullah berkata, bagi mengukuhkan keupayaan modal insan itu, kerajaan melalui Bajet 2009 menyediakan pelbagai kemudahan baru dengan harapan dapat memperbaiki taraf hidup rakyat.

Menurutnya, dalam keadaan kelembapan ekonomi dunia berikutan kenaikan harga minyak mentah serta krisis bekalan makanan, negara sebenarnya masih beruntung kerana berada pada tahap yang kukuh dan stabil.

Berikutan itu, katanya, kerajaan perlu memastikan setiap rakyat terus berupaya menjalani kehidupan dengan baik dan sempurna sekali gus membantu menjayakan Misi Nasional yang dirancang.

‘‘Bajet pada kali ini adalah bajet prihatin kerana kita mahu supaya rakyat dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik lagi berasaskan keupayaan yang ada.

‘‘Adalah penting bagi kerajaan melakukan apa sahaja yang terbaik bagi memastikan setiap pelaksanaan dilakukan dengan berkesan,” ujar beliau.

Perdana Menteri turut menarik perhatian mengenai usaha kerajaan meningkatkan kemampuan pengusaha industri kecil dan sederhana bagi meningkatkan produktiviti masing-masing melalui kemudahan modal dan latihan.

Beliau juga memberi jaminan akan terus turun padang melawat projek-projek rakyat di Sabah bagi memastikan setiap yang dirancang dilaksanakan dengan baik dan sampai kepada sasaran.

Katanya, jika sesuatu projek rakyat itu didapati mampu memperbaiki taraf hidup rakyat, kerajaan Pusat tidak teragak-agak untuk menambah nilai projek sedia ada agar menjadi lebih besar untuk dimanfaatkan.

Terdahulu, pada majlis tersebut, beliau menyampaikan sumbangan kepada 100 anak yatim daripada tiga rumah kebajikan dari Papar, Tambunan dan Telipok

No comments: