بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Dari Uqbah bin Amir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : Jangan mempergunakan keturunan untuk , mengumpat atau mencela seseorang. Semua kamu adalah keturunan Adam. Kamu adalah seperti sebuah sukatan gantang yang tidak pernah mencukupi dimana ada sahaja kekurangannya. Begitulah dengan kamu yang sentiasa ada kekurangan dan tidak ada ketinggian diantara satu sama lain kecuali dengan agama atau amal kebaikan sahaja. Manusia akan menjadi buruk dengan berbuat kejahatan, mengeluarkan kata-kata kesat, bakhil dan pengecut.(HR Abu Daud)
Dari Muaz bin Jabal R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: Barangsiapa memalukan saudaranya yang muslim dengan sesuatu dosa yang dia telah bertaubat dengannya, Allah tidak akan mematikannya sehinggalah dia sendiri terjerumus kedalam dosa tersebut. (HR Tirmizi)
Dari Abu Said Al-Khudri R.A. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah S.A.W. bersabda: Ramai diantara orang yang berada ditempat tidur yang empuk sibuk berzikir kepada Allah dengan berkat zikirnya dimasukkan kedalam syurga yang tinggi darjatnya. (HR Abu Ya’la, Majma az Zawaaid)
Sungguh indah pintu dipahat,
Burung puyuh di atas dahan,
Kalau hidup hendak selamat,
Taat selalu perintah Tuhan.
Ketua sempurna negara terjamin,
Berubah suasana menjadi aman,
Tidak kira muslim dan mukmin,
Setiap masa perbaharuilah iman,
p/s: Syurga merindui empat jenis mu’min.1) Orang yang berpuasa dibulan Ramadhan dengan baik. 2)Orang yang selalu membaca Al-Quran. 3) Orang yang selalu memberi makan (menjamu makan) kepada orang. 4) Orang yang sentiasa dalam zikirulLah.
No comments:
Post a Comment